Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.pa.san] | ڤلڤسن

Definisi : 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu di­lepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.pa.san] | ڤلڤسن

Definisi : 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contract of releasesakad pelepasanEkonomiEkonomi IslamAkad yang melepaskan hak yang dimiliki oleh satu pihak kepada pihak lain sama ada dengan pampasan atau tanpa pampasan. Sekiranya tanpa pampasan, pelepasan tersebut dikenali sebagai pelepasan mutlak tetapi sekiranya melibatkan pampasan, pelepasan tersebut dikenali sebagai pelepasan berbayar. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian hak yang tidak boleh dilepaskan seperti penerimaan nafkah isteri daripada suami. Contohnya, hak menuntut hutang, tebus talak dan qisas.
controlled-release dosage formbentuk dos pelepasan terkawalFarmasiFarmaseutikBentuk dos yang dihasilkan untuk melepaskan drug secara terkawal. Pelepasan drug mesti mematuhi kinetik pelepasan tertib sifar untuk mengekalkan paras terapeutik yang dikehendaki pada kawasan tindakan dalam tempoh masa yang panjang.
emission reduction unit (ERU)unit penurunan pelepasan (ERU)Teknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKuantiti pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang dikeluarkan secara usaha sama di bawah terma Protokol Kyoto. Unit penurunan pelepasan dinyatakan dalam unit penurunan setara satu tan karbon dioksida (CO2).
obsolute releasepelepasan mutlakEkonomiEkonomi IslamAkad yang melepaskan hak yang dimiliki oleh satu pihak kepada pihak lain tanpa pampasan. Pelepasan ini boleh dilakukan sama ada melalui keputusan mahkamah atau persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat. Contohnya, pelepasan hak terhadap hutang tanpa bayaran.
ibra’pengguguran hutangPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang.
الإبراءpelepasanAgama IslamFiqhPelepasan daripada tanggungan.
الإعفأpelepasan/pelucutanAgama IslamFiqhPelepasan daripada sesuatu hak.
automobile emissionpelepasan automobilKejuruteraanTiadaPelepasan gas dan pepejal terutamanya daripada paip ekzos automobil dan juga daripada tangki petrol, kotak engkol dan lain-lain.
area emissionpelepasan kawasanKejuruteraanTiadaPelepasan bahan cemar ke udara akibat aktiviti kompleks bandar dan perindustrian yang luas.
accidental emissionpelepasan sasulKejuruteraanTiadaPelepasan yang berlaku secara tidak sengaja akibat daripada kegagalan atau kerosakan peralatan, atau kecuaian operator.
12345678910...

Kembali ke atas