Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.cir] | ڤلينچير

Definisi : sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin dll): minyak jarak diguna­kan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul utk enjin yg berteknologi tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.cir] | ڤلينچير

Definisi : sesuatu yg digunakan utk melicinkan perjalanan mesin dll: minyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelincir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
internal lubricantpelincir dalamanKejuruteraanPolimerBahan tambah yang dicampurkan ke dalam polimer bagi memudahkan pengaliran leburan seperti gliseril monosterat yang digunakan dengan polivinil klorida. Pelincir dalaman mempunyai keserasian yang lebih baik terhadap bahan polimer jika dibandingkan dengan pelincir luaran kerana ia berfungsi mengurangkan daya tarikan antara molekul polimer. Bdg. pelincir luaran.
lube oils additivesbahan tambah minyak pelincirKejuruteraanKejuruteraan MekanikBahan kimia yang ditambah ke dalam minyak pelincir untuk meningkatkan prestasi minyak pelincir. Matlamat utama penambahan ini adalah untuk mengurangkan geseran, haus dan kakisan pada peralatan atau mesin. Bahan tambah yang biasa digunakan ialah antibusa, antioksida, antiseptik, antihaus, perencat kakisan, pencuci, penyerak, pengemulsi, pembaikgeseran, penyahgiat logam, pempasif logam, penurun takat tuang, perencat karat, pemekat dan pembaik indeks kelikatan.
lubricantpelincirFarmasiFarmaseutikSejenis bahan yang digunakan untuk membantu pemprosesan dalam pengeluaran tablet. Dalam konteks ini pelincir digunakan untuk menghalang tablet daripada melekat pada acuan dan penebuk. Contoh pelincir ialah magnesium stearat.
cutting oilpelincir potongKejuruteraanTiadaMinyak pelincir pemotong logam.
high-pressure lubricantpelincir tekanan tinggiKejuruteraanTiadaPelincir yang digunakan dalam sesuatu alat yang menggunakan tekanan tinggi.
lubricated gasolinegasolin pelincirKejuruteraanTiadaGasolin yang ditambah dengan pelincir.
lubricating systemsistem pelincirKejuruteraan AutomotifTiadaSistem yang digunakan untuk mengedarkan minyak pelincir kepada bahagian yang bergerak di dalam enjin.
lube cutpotongan pelincirKejuruteraanTiadaPecahan minyak mentah yang sesuai untuk menghasilkan minyak pelincir.
lubricating systemsistem pelincirKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang digunakan untuk mengedarkan minyak pelincir ke bahagian yang bergerak di dalam enjin.
lubricating greasegris pelincirKejuruteraanPetroleumBahan berbentuk pepejal atau separuh pepejal yang merupakan hasil serakan agen pelikatan di dalam cecair pelincir. Bahan-bahan lain mungkin juga ditambahkan bersama untuk mendapatkan sifat-sifat khas yang tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas