Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.lar] | ڤمالر

Definisi : kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.lar] | ڤمالر

Definisi : nombor atau kuantiti yg tidak berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemalar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Lame�s constantpemalar LameFizikMekanikDua pemalar positif, l dan m, yang diperkenalkan oleh Lame bagi mencirikan sifat-sifat suatu pepejal isotrop. Pemalar-pemalar itu dikaitkan dengan modulus Young (?) dan nisbah Poisson (s), menerusi dua persamaan berikut: m dikenali sebagai ketegaran atau modulus ricih. Pemalar l dipanggil lambda Lame. lih. pemalar kenyal
numerical equationpersamaan berangkaanMatematikTiadaPersamaan yang mempunyai pemalar-pemalar yang telah ditetapkan, seperti 6x2 - 3x + 7 = 0.
Clausius equation of statepersamaan keadaan ClausiusFizikHabaPersamaan keadaan yang menghubungkan tekanan, isi padu dan suhu bagi gas dan pemalar gas, ditulis sebagai dengan P tekanan gas, T suhu mutlak, V isi padu, R pemalar gas, b pemalar, pemalar bersandar suhu, bilangan mol dan fungsi terhadap dan Persamaan ini adalah pembetulan kepada persamaan Van der Walls bagi membetulkan sebutan pembetulan tekanan yang berubah dengan suhu.
constantpemalarTeknologi MaklumatPerisianNilai yang tidak berubah apabila suatu pemalar terikat kepada satu nilai. Sifat pemalar ini merupakan kebalikan bagi pemboleh ubah. Oleh itu, pemalar tidak boleh diumpukkan. Dalam bahasa penghimpun atau spesifikasi set perintah, nilai pemalar dirujuk sebagai nilai terus kerana nilai ini boleh dicapai secara langsung tanpa membebankannya daripada cache data. Oleh sebab ketidakfleksibelan ini, maka pemalar jarang digunakan dalam pengaturcaraan berbanding pemboleh ubah. Terdapat dua jenis pemalar, iaitu pemalar statik dan pemalar dinamik.
decay constantpemalar reput/pemalar susutKejuruteraanTiada1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki.
decay constantpemalar reput/pemalar susutKimiaTiada1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki.,2. Pecahan atau radioaktif yang mereput per unit masa.
decay constantpemalar reput/pemalar susutKejuruteraanTiada1. Pemalar perkadaran yang mengaitkan kadar pereputan dengan bilangan nuklid baki.
Reiner-Philipoff modelmodel Reiner-PhilipoffKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel tegasan ricih bagi bendalir bukan Newtonan yang dijelaskan sebagai dengan dux/dy = kadar tegasan m* = pemalar, m0 = pemalar, t0 = pemalar, tyx = tegasan ricih. Model ini mengandungi tiga parameter yang boleh diubahsuai untuk pengkorelasian data eksperimen. Model ini serupa dengan hukum kelikatan Newtonan pada kadar ricih yang rendah dan tinggi.
Boltzmann constantpemalar BoltzmannKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemalar gas semesta per molekul yang dijelaskan sebagai dengan kB = pemalar Boltzmann, R = pemalar gas semesta, NA = nombor Avogadro.
dynamic constantpemalar dinamikTeknologi MaklumatPerisianPemalar yang memperoleh nilai yang dikira sewaktu sesuatu atur cara dilaksanakan. HaI ini bererti nilai bagi pemalar dinamik tidak boleh ditentukan semasa pengkompilan atur cara seperti pada pemalar statik. Contoh pemalar dinamik dalam bahasa C++ atau Java adalah seperti yang berikut: final int a = b + 30.
12345678910...

Kembali ke atas