direct radiator loudspeaker | pembesar suara penyinar terus | Fizik | Akustik | Pembesar suara yang unsur pemancarnya, seperti permukaan pemancar atau kerucut pemancar atau diafragma, memancarkan gelombang suara secara terus ke dalam medium akustik. |
television transmitter | pemancar televisyen | Sosiologi | Tiada | Pemancar yang memancarkan isyarat televisyen. |
reciprocal transmitter | pemancar salingan | Fizik | Akustik | Pemancar yang mempamerkan prinsip kesalingan. |
delayed neutron emitter | pemancar neutron tertunda | Kejuruteraan | Tiada | Pemancar neutron yang tenaga ikatan nukleusnya kurang daripada tenaga pengujaan nukleus terhasil. |
broadcast transmitter | pemancar siaran | Komunikasi | Tiada | Alat yang digunakan untuk memancarkan siaran melalui stesen pemancar yang dihantar dalam bentuk gelombang elektromagnet dan diterima sama ada oleh alat penangkap siaran atau melalui antena penerima siaran secara langsung. |
punch-through | tebuk-tembus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Asakan voltan pengumpul-pemancar dalam transistor.,2. Voltan apabila dua landasan transistor resap yang bersebelahan terpintas bersama, menyebabkan arus naik mendadak.,3. Nilai voltan tapak pengumpul bagi transistor, yang di atasnya voltan tapak pemancar bertambah secara linear dengan pertambahan voltan tapak pengumpul.,4. Suatu bentuk kegagalan transistor apabila pintas dalam terbentuk di antara pemancar dengan pengumpul merentasi tapak, biasanya disebabkan voltan yang berlebihan. |
radiation acoustic impedance | impedans akustik sinaran | Fizik | Akustik | Nisbah antara daya yang dikenakan oleh pemancar akustik ke atas medium dengan halaju pemancar. |
aerial wire | dawai aerial | Sukan | Tiada | 1. Alat penerima atau pemancar gelombang radio yang menggunakan dawai atau kumpulan dawai.,2. Dawai elektrik yang menyambung alat penerima atau pemancar gelombang radio dengan set utama. |
Geiger-Nuttal law | hukum Geiger-Nuttal | Fizik | Atom dan Nuklear | Hukum yang menyatakan logaritma bagi pemalar pereputan suatu pemancar alfa adalah berkaitan secara linear dengan logaritma julat pancaran zarah alfa oleh pemancar tersebut. |
emitter | pemancar (gelombang) | Fizik | Tiada | Tiada |