adenosine-3’, 5’-cyclic monophosphate | adenosina-3’,5’-monofosfat siklik | Kimia | Biokimia | Nukleotida siklik hasil tindak balas ke atas ATP yang memangkini adenil siklase. Sebatian ini berfungsi sebagai pengutus kedua kerana, apabila hormon (pengutus pertama) bergabung dengan sel, kepekatan nukleotida ini bertambah dan akan merangkaikan hormon dengan tindak balas pemangkin-pemangkin khusus dan komponen-komponen sel yang lain. |
enzyme | enzim | Perubatan | Tiada | Protein yang dihasilkan oleh sel yang bertindak sebagai pemangkin dalam tindak balas biokimia. Berbeza dengan pemangkin yang lain, tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah khusus bagi sesuatu substrat. Nama enzim biasanya berakhir dengan �ase. Enzim terbahagi kepada enam kumpulan berdasasrkan jenis tindak balas yang dimangkinkan; kumpulan berkenaan adalah oksidoreduktase, transferase, hidrolase, liase, isomerase dan ligase. |
turn over number | bilangan pusing ganti | Bioteknologi | Tiada | Ukuran aktiviti sesuatu pemangkin, iaitu bilangan molekul substrat yang diubah kepada hasil oleh setiap molekul pemangkin (enzim) per unit masa. |
catalyzer | pemangkin | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
catalyzer | pemangkin | Kimia | Tiada | Bahan yang mempercepat kadar tindak balas kimia tanpa mengubah komposisi kimianya pada akhir tindak balas. |
biocatalyst | bioppemangkin | Bioteknologi | Tiada | Bahan pemangkin yang berasal daripada sumber hidup, seperti enzim dan sel. |
bioprobe | bioprob | Bioteknologi | Tiada | Biopenderia yang mengandungi pemangkin yang disekat gerak bersama dengan alat pengesan, misalnya elektrod enzim (pemangkinan oleh enzim). |
enzyme | enzim | Veterinar | Tiada | Protein yang bertindak sebagai pemangkin dalam tindak balas biokimia. Bahan ini bersifat khusus iaitu setiap satunya hanya bertindak ke atas satu bahan sahaja. Dalam sistem pencernaan, terdapat pelbagai jenis enzim yang membantu proses penguraian makanan daripada sebatian kompleks kepada sebatian ringkas yang mudah diserap. Antara contoh enzim ialah laktase, pepsin dan lipase. Laktase bertindak balas terhadap laktosa untuk menghasilkan glukosa dan galaktosa. Pepsin bertindak balas dengan protein untuk menghasilkan polipeptida. Lipase pula bertindak balas dengan lemak untuk menghasilkan asid lemak dan gliserol. |
rewards system | sistem ganjaran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemangkin yang dijadikan imbuhan oleh majikan untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan kakitangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Ganjaran ini diberikan atas kecemerlangan prestasi yang ditunjukkan oleh pekerja. Biasanya, sistem ganjaran berbeza antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain kerana piawai atau standard prestasi yang diukur adalah berbeza. Pada masa yang sama ukuran berbeza juga diberikan mengikut jawatan atau pangkat yang dipegang oleh individu. |
enzyme | enzim | Perubatan | Tiada | Protein yang berfungsi sebagai pemangkin tindak balas kimia dalam badan. |