predator | pemangsa | Biologi | Ekologi | Organisma hidup yang memakan organisma lain. Misalnya, harimau, Panthera tigris ialah pemangsa bagi rusa, Cervus unicolor, dan periuk kera, Nephentes gracilis ialah pemangsa bagi nyamuk, Culex pipiens. |
biological control | kawalan biologi | Biologi | Ekologi | Kaedah pengawalan makhluk perosak dengan menggunakan organisma pemangsa yang diperkenalkan atau pemangsa semula jadi. Misalnya, penggunaan burung hantu untuk mengawal tikus di ladang kelapa sawit; penggunaan kaedah pemandulan untuk mengawal kumbang tanduk ladang kelapa; penggunaan parasit bakteria Bacillus thuringiensis untuk mengawal kupu-kupu Plutella xylostella di ladang kubis; dan penggunaan feromon dalam pengawalan lalat buah. |
obligate predator | pemangsa obligat | Biologi | Ekologi | Pemangsa yang memakan satu spesies mangsa sahaja. |
predator | pemangsa | Perikanan | Tiada | Haiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya. |
Mullerian memicry | kemimikan Mullerian | Biologi | Ekologi | Kemimikan di kalangan serangga apabila dua spesies yang berbahaya atau tidak sedap dimakan oleh pemangsa menyerupai satu sama lain. Kedua-dua spesies beruntung daripada persamaan ini, kerana apabila pemangsa telah memakan salah satu spesies tersebut, pemangsa berkenaan akan cuba mengelakkan dirinya daripada spesies yang satu lagi. |
predatory food chain | rantai makanan pemangsa | Biologi | Ekologi | Rantai makanan yang bermula daripada tumbuhan, dan diikuti dengan herbivor, dan kemudiannya daripada pemangsa, iaitu karnivor kecil kepada karnivor yang lebih besar. |
ambushing predators | pemangsa hendap | Perikanan | Tiada | Ikan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu. |
predator | pemangsa | Geografi | Tiada | Tiada |
predator | pemangsa | Perikanan | Tiada | Tiada |
predator | pemangsa | Perhutanan | Tiada | Tiada |