Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangunan mampan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainable developmentpembangunan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan.

sustainable developmentpembangunan mampanBiologiUmumTiada
green beltkawasan hijauPelanconganTiadaKawasan yang dipenuhi rimbunan pokok yang dikekalkan untuk pembangunan mampan.
sustainable developmentpembangunan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan.
green economy frameworkrangka kerja ekonomi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerancangan ekonomi yang strategik untuk pembangunan mampan tanpa menjejaskan alam sekitar.
fairtradeperdagangan saksamaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja.
green economyekonomi hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauAktiviti pengeluaran, logistik dan perdagangan termasuk penggunaan barang dan perkhidmatan yang lestari oleh pelbagai pihak. Ekonomi hijau bertujuan untuk mengurangkan risiko terhadap alam sekitar, kepupusan dan kemerosotan ekologi serta menjamin pembangunan mampan.
life-cycle initiativeinisiatif kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian antara sektor awam dengan swasta serta pelbagai pihak berkepentingan yang membantu penggubal dasar untuk membuat keputusan yang cepat dan cekap. Inisiatif ini boleh menyelesaikan masalah perdagangan yang melibatkan isu-isu alam sekitar, sosial dan ekonomi ke arah pembangunan mampan.
Food and Agriculture Organization (FAO)Pertubuhan Makanan dan PertanianSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke
sustainable managementpengurusan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menguruskan penggunaan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar dan sumber fizikal. Pengurusan mampan melibatkan usaha menyeluruh bagi menyokong keupayaan ekosistem negara dalam konteks untuk menghindari atau mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Antara lain fungsi pengurusan mampan ialah menjaga kesinambungan sumber dan keperluan generasi akan datang.

12

Kembali ke atas