prompt neutron | neutron serta-merta | Kejuruteraan | Tiada | Neutron-neutron yang dilepaskan semasa pembelahan-pembelahan utama, dengan lengah sifar. |
fission neutron | neutron pembelahan | Fizik | Atom dan Nuklear | Neutron yang dihasilkan daripada proses pembelahan. Bilangan purata neutron yang dipancarkan per pembelahan berubah mengikut nukleus yang melakukan pembelahan. Bagi pembelahan spontan uranium-238 (U-238) nilainya ialah 2 manakala fermium-257 (Fm-257) ialah 4. |
fission product | hasil pembelahan | Fizik | Atom dan Nuklear | Nukleus radioaktif yang dibentuk menerusi proses pembelahan. Hasil pembelahan mempunyai julat yang besar bagi nombor atom, jisim atom, masa hayat dan tenaga pereputan. Contohnya, barium dan kripton, hasil pembelahan uranium-235 (U-235). |
pembelahan | pembelahan | Kesenian | Tiada | Proses membelah rotan menjadi bilah-bilah mengikut ukuran yang dikehendaki. |
nuclear fission | pembelahan nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Proses yang berlaku apabila satu neutron bebas dengan tenaga tertentu diserap oleh nukleus atom boleh belah dan menghasilkan nukleus tak stabil yang akan terbelah dan mengeluarkan dua atau lebih hasil pembelahan, dua atau tiga neutron bebas dan tenaga yang sangat besar. Hasil pembelahan ialah nukleus atom unsur berlainan yang membentuk bahan radioaktif dan menjadi sisa radioaktif dalam pengeluaran tenaga nuklear. Kadangkala, satu nukleus boleh belah mengalami pembelahan nukleus spontan tanpa neutron tuju. Contohnya, pembelahan nukleus uranium-235 menerusi pembedilan neutron dengan membebaskan tenaga 200 MeV. Proses pembelahan ini diungkapkan sebagai: 92U235 + ₀n¹ ®ë92U236û®42Mo95 + 57La139 + 2₀n¹, Sinonim pembelahan. |
prompt fission neutron | neutron pembelahan semerta | Fizik | Atom dan Nuklear | Neutron yang dipancarkan ketika berlaku pembelahan dalam proses pembentukan serpihan pembelahan, iaitu berlainan daripada neutron yang dibebaskan selepas proses tersebut. |
blastomere | blastomer | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel yang terbentuk pada masa pembelahan primer telur. sel pembelahan; mere. |
ternary fission | pembelahan ternar | Fizik | Atom dan Nuklear | Pembelahan nukleus kepada tiga serpihan dengan saiz yang hampir sama antara satu sama lain. Peristiwa tersebut sangat jarang berlaku dan hanya berlaku lebih kurang lima kali bagi setiap juta pembelahan dedua. |
fission detector | pengesan pembelahan | Fizik | Moden | Peranti yang digunakan untuk mengesan pembelahan spontan. Peranti ini terdiri daripada mika atau kaca khusus yang diletakkan dekat dengan sampel dan kemudiannya terpunar secara kimia menyebabkan jejak pembelahan dapat dilihat. |
fast fission factor | faktor pembelahan cepat | Fizik | Atom dan Nuklear | Nisbah jumlah bilangan neutron yang menghasilkan pembelahan daripada semua neutron dengan pelbagai tenaga terhadap bilangan neutron yang menghasilkan pembelahan daripada neutron terma. |