benevolent loan | qard al-hasan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan. |