Muslim chaplain | pembimbing rohani Islam | Agama Islam | Tiada | Individu profesional yang menawarkan nasihat dan penjagaan rohani di penjara, sekolah, hospital atau mana-mana institusi. |
counsellor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Seseorang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah, terutama tentang pengajaran dan pembelajaran. |
non-directive tutorial | tutorial tak berarahan | Pendidikan | Tiada | Tutorial yang menggalakkan pelajar memberi pandangan dan soalan secara spontan dan hanya diketuai atau dibantu oleh pembimbing. |
counselor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberikan maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dalam membuat keputusan dan menentukan matlamat. |
accountable management | pengurusan bertanggungjawab | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan. |
heutagogy | heutagogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu kaedah pembelajaran penentuan kendiri yang menekankan pembangunan autonomi, kapasiti dan kemampuan diri pelajar untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kaedah ini tidak semestinya linear atau terancang, tetapi lebih bersifat tidak formal, dan selari dengan pembelajaran di luar sekolah dengan guru bukan sebagai sumber ilmu yang utama, sebaliknya sebagai pembimbing sekiranya perlu. Persekitaran e-pembelajaran membolehkan kaedah ini diguna pakai. Lihat juga pembelajaran penentuan kendiri. |