Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bi.ro.kra.sian] | ڤمبيروکراسين

Definisi : perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembirokrasian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bureaucratisationpembirokrasianPentadbiranPentadbiran Awam

  Proses menjadikan sebuah organisasi yang tidak tersusun kepada satu organisasi yang lebih berstruktur dengan wujudnya jabatan, bahagian, divisyen atau unit organisasi. Pembirokrasian melibatkan perancangan yang sistematik untuk menentukan perkara, kaedah dan individu yang mentadbir dan yang ditadbir. Pembirokrasian mencakupi proses penggembelengan semua bentuk sumber yang ada di dalam organisasi seperti tenaga kerja, kewangan, mesin dan peralatan, serta infrastruktur. Antara proses pembirokrasian ialah penstrukturan semula organisasi, rombakan atau pengambilalihan pengurusan.

bureaucratizationpembirokrasianSosiologiTiadaTiada
bureaucratizationpembirokrasianSains PolitikTiadaTiada
bureaucratizationpembirokrasianSains PolitikPolitik PerbandinganTiada

Kembali ke atas