conduit burrs | gerigis pembuluh | Teknik | Elektrik | Tepian atau pinggiran pembuluh yang kasar atau tajam, yang terhasil daripada proses pemotongan pembuluh. Gerigis pembuluh mestilah dibuang bagi mengelakkan penebatan dawai daripada luka atau berlelas apabila kabel itu ditarikh masuk ke dalam pembuluh. |
adaptor | penyesuai | Teknik | Elektrik | 1. Alat tambah pembuluh yang menyambungkan pembuluh tegar dengan pembuluh boleh ubah. Biasanya penyesuai berupa pembuluh yang digunakan untuk sambungan bekalan pada motor. 2. Alat tambah pemegang lampu untuk tujuan sambungan bekalan dari pemegang lampu ke tempat lain. 3. Alat tambah palam yang mempunyai beberapa jenis soket, atau mempunyai lebih daripada satu soket alur keluar untuk menyambungkan beban tambahan. |
coupler | pengganding | Teknik | Elektrik | 1. Alat tambah dalam kerja pemasangan pembuluh yang berupa tiub pendek berulir di dalam. Pengganding digunakan untuk menyambung dua batang pembuluh atau sambungan akhir pembuluh sebelum dipasang kotak pembuluh. 2. Penyambung elektrik yang berupa tiub atau simpai logam. Dua pengalir yang hendak disambungkan akan dikapit dengan penganding untuk membuat sambungan. 3. Alat untuk menghubungkan dua peranti yang berbeza ciri. |
cpnduit wiring | pendawaian pembuluh | Teknik | Elektrik | Sistem pendawaian elektrik yang menggunakan pembuluh, sama ada pembuluh tegar atau boleh lentur. Pendawaian jenis ini dapat memberi perlindungan mekanik kepada dawai, tahan perubahan cuaca atau suhu, mengurangkan bahaya kebakaran, dan kabelnya mudah ditukar ganti. Akan tetapi, pendawaian pembuluh sukar untuk disiapkan, belanja pemasangannya tinggi dan memerlukan pekerja mahir, serta tidak kemas. |
vascularization | vaskularisasi | Perubatan | Tiada | Pembentukan unsur-unsur pembuluh atau pembuluh di dalam tisu, organ, atau bahagian tertentu tubuh semasa perkembangan normal, semasa proses pembaikan tisu, ataupun selepas pembedahan. |
flexible condiut | pembuluh boleh lentur | Teknik | Elektrik | Pembuluh yang boleh dilentur dengan mudah. Pembuluh jenis ini dibuat daripada PVC atau logam yang telah dijalin. Pembuluh boleh lentur lazimnya digunakan bagi pemasangan yang sentiasa bergerak atau bertukar tempat. Misalnya, di akhir pemasangan ke motor mesin angkat. |
PVC condiut | pembuluh PVC | Teknik | Elektrik | Pembuluh yang dibuat daripada bahan polivinil klorida. Pembuluh ini tidak mempunyai bebenang untuk disambung pada lat tambahan tetapi menggunakan gam khas. Antara kebaikan pembuluh ini termasuklah ringan, mudah dipasang, mudah diubah, tahan kakis, dan murah. |
rigid conduit | pembuluh tegar | Teknik | Elektrik | Pembuluh keluli lembut yang digunakan bagi melindungi kabel lampu atau kabel kuasa. Pembuluh ini keras dan tidak mudah dilenturkan tanpa bantuan alatan tertentu. pembuluh tegar lazimnya digunakan dalam pendawaian di tempat yang bahaya mekaniknya sederhana, seperti di bengkel dan di kedai kecil. |
conduit fitting | pasangan pembuluh | Teknik | Elektrik | Kelengkapan kecil yang digunakan dalam sistem pembuluh tetapi bukan alat tambah lampu atau pembuluh. Misalnya sesendal, nat kunci, kotak pembuluh, dan pengganding. |
conduit elbow | siku pembuluh | Teknik | Elektrik | Alat tambah pemasangan pembuluh yang berbelok dengan sudut biasanya 45o atau 90o. Dengan adanya siku pembuluh, kerja pembengkokan tidak lagi perlu dan pemasangan menjadi lebih cepat. Terdapat beberapa jenis siku pembuluh termasuk siku panjang, siku pendek, siku boleh periksa, dan siku tertindih boleh periksa (pejal). |