Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.me.li.ha.ra.an] | ڤمليهاراءن

Definisi : 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.me.li.ha.ra.an] | ڤمليهاراءن

Definisi : perbuatan atau hal memelihara; penjagaan; pembelaan: Dia bercadang hendak menyerahkan Leman dlm ~ Cik Mat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelihara
Kata Terbitan : memelihara, terpelihara, peliharaan, pemeliharaan, pemelihara,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crop husbandrypemeliharaan tanamanPertanianAgronomi

 Amalan menanam dan menghasilkan tanaman secara sistematik yang meliputi penyediaan tanah, penanaman benih, pembajaan, pengawalan rumpai dan musuh tanaman, pemangkasan, penuaian dan pengurusan pasca tuai. Tujuan pemeliharaan tanaman adalah untuk menjana pendapatan daripada hasil tanaman. Oleh itu, semua amalan pemeliharaan tanaman mestilah mengambil kira aspek ekonomi. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan pulangan maksimum dari sebidang tanah dengan kos yang terendah serta memelihara kesuburan tanah. Teknik pemeliharaan tanaman yang diamalkan biasanya berdasarkan hasil penyelidikan.

free range systemsistem pemeliharaan lepas bebasVeterinarTiadaKaedah pemeliharaan ternakan yang dilepas secara bebas di satu kawasan yang luas pada sepanjang masa. Sistem ini juga dipanggil sistem ekstensif. Sumber makanan bagi haiwan yang dipelihara dalam sistem ini terdiri daripada rumput asli dan tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Dari segi pengurusannya, sistem ini melibatkan kos yang lebih rendah, ternakan memakan rumput yang kurang berkualiti dan kadangkala perlu diberi makanan tambahan untuk memenuhi keperluan yang sebenar. Biasanya ternakan yang dipelihara dalam sistem ini lebih sukar diurus dan kurang jinak berbanding dengan sistem lain. Proses pembiakannya berlaku secara semula jadi dan mempunyai tahap produktiviti yang rendah. Haiwan yang dipelihara dalam sistem ini juga lebih mudah terdedah kepada jangkitan penyakit. Sistem pemeliharaan begini biasanya digunakan sebagai satu langkah penjimatan tenaga buruh dan juga kos pengurusan.
zero grazingtanpa ragutVeterinarTiadaSistem pemeliharaan ternakan ruminan secara sepenuh kandang dan tidak dilepaskan secara bebas untuk meragut. Dalam sistem ini, makanan seperti dedak dan rumput diberi kepada ternakan di dalam kandang. Sistem pemeliharaan ini mempunyai kelebihan dari segi pengurangan kos buruh dan mengawal jangkitan parasit. Walau bagaimanapun, kos modal untuk memulakan sistem pemeliharaan ini agak tinggi berbanding sistem lain seperti bagi pembinaan reban. Sistem fidlot dan pemeliharaan secara intensif termasuk dalam kategori ini.
preventive dentistrypergigian pencegahanPerubatanTiadaBidang pergigian berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan struktur pengunyahan melalui pengajaran tentang higin mulut yang baik, tabiat pemakanan yang sesuai dan pemeliharaan kesihatan gigi dan pengrestorosian gigi berkarier kecil.
aviarypemeliharaan unggasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nurturancepemeliharaanSosiologiTiadaTiada
nurturancepemeliharaanPsikologiTiadaTiada
aviarypemeliharaan unggasKesenianTiadaTiada
conservationpemeliharaanKesenianSeni BinaProses menjaga sesuatu tempat atau bangunan bagi mengekalkan kepentingan nilai-nilai kebudayaannya. Proses ini juga melibatkan proses pengekalan binaan, pemulihan, pembangunan semula dan penyesuaian bangunan.
oil preservationpemeliharaan minyakGeologiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas