structured observation | pemerhatian berstruktur | Pendidikan | Tiada | Pemerhatian yang menggunakan garis panduan yang dinyatakan dengan jelas untuk merekod data. |
controlled observation | pemerhatian kawalan | Pendidikan | Tiada | Pemerhatian yang melibatkan pemboleh ubah konstan. |
mediated observation | pemerhatian tak langsung | Pendidikan | Tiada | Pemerhatian situasi atau peristiwa secara tidak langsung dengan menggunakan media seperti televisyen atau filem bagi membincangkan masa depan. |
direct observation | pemerhatian langsung | Pendidikan | Tiada | Proses pemerhatian terhadap subjek secara terus untuk merekod kekerapan dan tempoh masa tingkah laku subjek. |
indirect observation | pemerhatian tidak langsung | Pendidikan | Tiada | Pemerhatian tidak dibuat terus kepada seseorang tetapi bergantung kepada data yang sedia ada atau data yang dikumpul oleh orang lain. |
Fuller observation | pemerhatian Fuller | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pemerhatian tentang jenis arang batu dan minyak mentah yang boleh dicari gali di sesuatu kawasan geografi berdasarkan peratusan karbon di dalam arang batu dengan jenis takungan minyak. |
naturalistic observation | pemerhatian naturalistik | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah pemerhatian yang mengumpulkan data kajian dengan mencerap tingkah laku di tempat semula jadi subjek kajian yang terlibat. Contohnya, Van Landwick-Goodall (1971) meneliti tingkah laku beruk menggunakan batang rumput untuk memancing semut di busut secara deskriptif. Bagi menjelaskan tingkah laku seperti itu pengkaji biasanya bermungkinan tidak dapat melakukannya di makmal atau tempat yang diubah suai seperti zoo. |
observational design | reka bentuk pemerhatian | Pendidikan | Tiada | Kajian yang hanya membuat pemerhatian sahaja dan tidak termasuk kajian eksperimen. |
consumer panel | panel pengguna | Komunikasi | Korporat | Sekumpulan pengguna yang dipilih sebagai sampel penyelidik sebagai alat kajian dalam pengiklanan. Fungsi utama sampel ini adalah untuk membuat pemerhatian tabiat pengguna dan penilaian sesuatu barangan. Sampel untuk pemerhatian tabiat pengguna biasanya terdiri daripada individu atau isu rumah yang telah dikenal pasti dan bersetuju untuk melalui proses pemerhatian yang dilakukan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai tabiat penggunaan sesuatu barangan bagi memudahkan pengeluar merancang inovasi barangan yang akan dikeluarkan. Panel pengguna juga boleh digunakan sebagai alat untuk menilai keberkesanan iklan sebelum sesuatu iklan disiarkan. Tujuan penilaian ini antaranya adalah untuk mengenal pasti tahap daya tarikan, faktor yang menyumbang daya tarikan tersebut, dan tahap kefahaman terhadap mesej iklan seperti tanggapan pengguna terhadap barangan. Pemilihan panel pengguna boleh dilakukan secara berstruktur atau secara rawak. Persetujuan untuk menjadi panel pengg |
design | corak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk hiasan yang terdapat pada artifak untuk pemerhatian bagi tujuan klasifikasi zaman, kegunaan, jenis, perbandingan budaya dan teknologi pembuatan. Contohnya corak yang terdapat pada artifak batu dan tembikar tanah. Pemerhatian terhadap corak dapat dibahagikan kepada dua, iaitu bentuk hiasan dan pola hiasan. Bentuk hiasan seperti bentuk bahagian bibir, badan, dasar dan kaki. Contoh corak tembikar bentuk hiasan ialah bahagian bibir yang berlapis, bahagian badan mempunyai telinga dan pemegang. Pola hiasan pula terdiri daripada ragam pelbagai corak. Contohnya, tembikar pola hiasan bentuk geometri, awam larat, anyaman ketupat dan bakul. |