civilian rule | pemerintahan awam/pemerintahan sivil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
perverted forms of government | bentuk pemerintahan sambaleweng | Sejarah | Tiada | Pemerintahan atau kerajaan yang mengamalkan dasar yang menyeleweng dari prinsip asas bentuk kerajaan atau pemerintahan yang adil. |
dominion | dominion | Sejarah | Tiada | 1. Hak atau kuasa untuk memerintah.,2. Wilayah yang dikuasai oleh pemerintahan beraja, khususnya dalam pemerintahan sistem feudal. |
constitutional monarchy | pemerintahan raja berperlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut. |
military government | pemerintahan tentera | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pemerintahan ke atas kawasan musuh di bawah pendudukan tentera. Amalan kerajaan tentera ini telah dipiawai semasa Persidangan Hague pada tahun 1899 dan 1907. Amalan ini telah menjadi sebahagian daripada undang-undang peperangan. Terdapat banyak wilayah yang berada di bawah kerajaan tentera semasa dan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa perang, Jerman mentadbir kawasan yang ditawan melalui Kommandaturen atau beberapa ibu pejabat kerajaan tentera. Pihak kerajaan tentera Jerman kerap kali melanggar undang-undang yang ditetapkan di Persidangan Hague dahulu. Di Jepun, kerajaan tentera yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua ialah tanggungjawab Amerika Syarikat. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1951 selepas perjanjian keamanan ditandatangani oleh Jepun. Berikutan pengalaman Perang Dunia Kedua, satu konvensyen yang merangkumi pendudukan tentera ditandatangani di Geneva pada tahun 1949. Kini, kawasan yang berada di bawah pendudukan tentera ialah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di bawah pemerintahan tentera Israel |
princely rule | pemerintahan beramir | Sejarah | Tiada | Pemerintahan yang berdasarkan kepada sistem kerajaan yang diperintah oleh golongan bangsawan. |
popular government | pemerintahan rakyat | Sejarah | Tiada | Pemerintahan oleh rakyat dan untuk rakyat. |
dyarchy | pemerintahan dua lapis | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang mempunyai dua pemerintah atau pihak yang berkuasa yang berkongsi kuasa, berlaku di bawah penjajahan British di India memberikan kuasa kepada menteri tempatan untuk mengawal badan perundangan sementara hal-ehwal dasar dipegang oleh pihak British. |
absolute rule | pemerintahan mutlak | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang memberikan kuasa tertinggi dan mutlak kepada seorang individu sahaja. |
client regime | pemerintahan bernaung | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang mencirikan hubungan klien yang dinaungi oleh patron dalam sistem feudal. |