divergent thinking | pemikiran mencapah | Psikologi | Psikologi Umum | Pemikiran yang boleh membuatkan pengamalnya mengembangkan senarai pilihan yang panjang dengan menjana pelbagai penyelesaian. Pemikiran mencapah biasanya menyediakan banyak penyelesaian yang berpotensi tetapi tidak ada satu pun jawapan yang kekal. Pemikiran ini selalunya boleh menghasilkan individu yang kreatif walaupun bukan syarat utama untuk menjadi insan yang kreatif. Sinonim pemikiran divergen. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir o |
egocentric thought | pemikiran egosentrik | Psikologi | Psikologi Umum | Pemikiran yang lebih tertumpu kepada diri sendiri atau taksub diri. Menurut Piaget, pemikiran ini lebih menumpukan kepada keperluan atau hal-hal yang berkait dengan diri sendiri. |
cognitive coping strategy | strategi daya tindak kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Sebahagian daripada terapi kognitif yang bertujuan untuk mengenal pasti cara-cara mengubah proses pemikiran dan respons normal kepada pemikiran. Strategi daya tindak ini dilakukan secara bersama antara ahli terapi dan klien yang melibatkan pengenalpastian punca kebimbangan dan menentukan tahap-tahap pemikiran yang meningkatkan kebimbangan. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk menstruktur dan menyusun semula hierarki pemikiran, menggalakkan pemikiran positif, mencari kaedah dalam mengawal semula respons pemikiran dan mengurangkan kebimbangan dalam minda. Sinonim kemahiran daya tindak kognitif. |
innovative thinking | pemikiran inovatif | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan berfikir yang mencetuskan idea secara kreatif untuk melahirkan sesuatu produk atau perkhidmatan baharu yang lebih cekap dan berkesan. Proses pemikiran inovatif melibatkan tiga unsur utama, iaitu kreativiti, pembangunan idea, dan pelaksanaannya. Pemikiran inovatif tidak semestinya berlaku dengan memperkenalkan produk baharu tetapi juga melalui cadangan penambahbaikan terhadap produk atau proses yang sedia ada. Pemikiran inovatif juga boleh dirujuk sebagai �berfikir di luar kotak�. Setiap peringkat dalam organisasi digalakkan mempunyai kemahiran pemikiran inovatif supaya organisasi tersebut lebih berdaya saing dan terus maju. |
new public administration | pentadbiran awam baru | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu aliran pemikiran semula pentadbiran awam. pemikiran ini bercirikan teori normatif, falsafah dan aktivisme dan memberikan tumpuan kepada nilai, etika, serta pembangunan sumber manusia dalam organisasi dengan menegaskan aspek moral dan ekuiti sosial. Aliran ini dipelopori oleh Dwight Waldo pada tahun 1986 melalui satu persidangan di Minnowbrook, Syracuse Amerika Syarikat yang diadakan secara khusus bagi mencari pendekatan baru pentadbiran awam. |
dianoia | dianoia | Kesusasteraan | Tiada | Pemaparan unsur pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan inti pati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi. Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, dianoia merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan etos (perwatakan). |
repression | represi | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan apabila pesakit mengelakkan diri daripada menghadapi sesuatu masalah dengan memendamkan perkara tersebut daripada pemikiran sedar kepada pemikiran subsedar. 2. Penyekatan transkripsi gen oleh protein represor. |
creative thinking | pemikiran kreatif | Sosiologi | Tiada | Pemikiran yang produktif dengan penciptaan hal-hal atau idea baru dan bernas. |
convergent thinking | pemikiran bertumpu | Sosiologi | Tiada | Pemikiran yang bergerak ke arah nilai-nilai yang diterima secara sosial. |