nominal leader | pemimpin pada nama/pemimpin nominal | Sosiologi | Tiada | Tiada |
bureaucratic leader | pemimpin birokrasi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau kumpulan individu yang bertanggungjawab menerajui sesebuah organisasi. Pemimpin birokrasi wujud dalam pelbagai peringkat berdasarkan hierarki sah dalam struktur organisasi. Ini bermakna semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin dalam organisasi, maka semakin besarlah kuasa dan tanggungjawab yang ada padanya dan begitulah sebaliknya. Pemimpin birokrasi berperanan dalam membuat perancangan, menyusun organisasi, menetapkan keputusan, membuat pengawalan, penilaian dan pemantauan, meningkatkan kualiti, menguruskan pengambilan pekerja serta bertanggungjawab ke atas risiko kerugian dan sebagainya. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pengurusan | Perancangan | Gaya seseorang pengurus atau pemimpin dalam menentukan haluan, memantau pelaksanaan rancangan dan memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Gaya kepemimpinan yang berbeza ditentukan oleh faktor peribadi pemimpin tersebut, budaya organisasi dan persekitaran perniagaan. Contoh perbezaan gaya kepemimpinan yang kerap disebut ialah gaya kepemimpinan autokratik atau gaya kepemimpinan demokratik. Lihat juga pemimpin demokratik, pemimpin autokratik. |
authoritarian leader | pemimpin adikara | Komunikasi | Tiada | Pemimpin yang membuat keputusan sendiri tanpa meminta pendapat pengikut atau anak buahnya. |
democratic leader | pemimpin demokratik | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang sentiasa membimbing dan menggalakkan pekerja bersama-sama membuat keputusan. |
autocratic leader | pemimpin autokratik | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang membuat dan menentukan semua keputusan untuk kumpulan atau organisasi. |
charismatic leader | pemimpin karisma | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti visi, daya usaha, iltizam, peribadi unggul, dan ejen perubahan untuk mempengaruhi. |
transactional leader | pemimpin perhubungan | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang memberi panduan dan dorongan kepada pengikut atau orang bawahannya ke arah matlamat yang telah ditentukan dengan menjelaskan tentang peranan dan tugas yang diperlukan. |
transformational leader | pemimpin transformasi | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin berkarisma yang mampu mengubah orang atau kelompok di bawah kepimpinannya. |
task oriented leader | pemimpin orientasi tugas | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang mementingkan pelaksanaan kerja daripada perhubungan pekerja. |