polymerization | pempolimeran | Kimia | Tiada | Pembentukan polimer daripada molekul ringkas yang disebut monomer. Terdapat dua jenis pempolimeran, iaitu pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi. |
polymerization | pempolimeran | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Penggabungan molekul kecil, yang disebut monomer menjadi molekul yang lebih besar dan kompleks, yang disebut polimer. Terdapat dua jenis pempolimeran, iaitu pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi. |
polymerization | pempolimeran | Kejuruteraan | Polimer | Tindak balas kimia yang melibatkan molekul kecil seperti monomer bergabung membentuk polimer. Dua jenis pempolimeran utama: pempolimeran penambahan yang monomer tak tepu bergabung tanpa menghasilkan produk sampingan, dan pempolimeran pemeluwapan yang bahan tindak balas bertindak balas membentuk polimer dan bahan sampingan molekul kecil seperti air. |
photosentisizer | fotopemeka | Kejuruteraan | Polimer | Bahan yang sama ada akan meningkatkan pempolimeran fotokimia atau mengubah jarak gelombang kadar pempolimeran. L.j. pempolimeran fotokimia. |
condensation polymerization | pempolimeran kondensasi | Kimia | Tiada | Pempolimeran yang melibatkan penyingkiran satu molekul kecil lazimnya air. Misalnya, pempolimeran asid adipik dan heksametil-metilenadiamina untuk menghasilkan nilon. |
carbocationic polymerization | pempolimeran karbokation | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran kation melalui proses karbokation sebagai pusat aktif. L.j. pempolimeran kation. |
anionic polimerization | pempolimeran anion | Kejuruteraan | Polimer | Pempolimeran penambahan yang dimulakan dengan anion, yang berpunca daripada garam organik atau logam alkali. Pempolimeran ini lazimnya digunakan untuk menghasilkan polimer blok dan getah sintetik. |
thermal polymerization | pempolimeran terma | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran yang dimulakan oleh tenaga terma bagi penguraian molekul pemula untuk memulakan pempolimeran. |
additional polymerization | pempolimeran penambahan | Kimia | Tiada | Pempolimeran yang tidak melibatkan sebarang penyingkiran molekul lain. oleh itu, formula empirik monomer dan polimer adalah sama. Misalnya, pempolimeran vinil klorida kepada polivinil klorida. |
melt polymerization | pempolimeran leburan | Kejuruteraan | Polimer | Kaedah pempolimeran pukal yang dijalankan pada suhu di atas takat suhu leburan monomer dan juga polimer. Misalnya, pempolimeran poliamida dan poliester. |