machine language | bahasa mesin | Teknologi Maklumat | Tiada | Bahasa asli bagi setiap pemproses komputer. Bahasa yang berasaskan digit 0 dan 1 sahaja dan amat bergantung kepada jenis komputer atau pemproses yang digunakan. Bahasa mesin sesuatu pemproses hanya satu-satunya bahasa yang boleh difahami dan dilaksanakan oleh mesin (pemproses) tersebut. Bahasa mesin pemproses Intel akan berbeza dengan pemproses Motorola. Bahasa ini adalah suruhan pemproses (mesin) yang boleh dilaksanakan secara langsung tanpa perlu pengkompilan. |
SIMD (single instruction multiple data) | SIMD (suruhan tunggal data berganda) | Teknologi Maklumat | Tiada | Seni bina komputer selari beberapa pemproses . Setiap pemproses menjalankan suruhan yang sama tetapi set data yang berbeza. Satu cip bertindak untuk menyelaraskan pemprosesan tersebut. |
MISD (multiple instruction single data) | MISD (arahan berganda data tunggal) | Teknologi Maklumat | Tiada | Seni bina sistem komputer yang terdiri daripada beberapa pemproses. Setiap pemproses melaksanakan aliran arahannya sendiri untuk memproses data tunggal yang dikongsi. |
MIMD (multiple instruction multiple data) | MIMD (suruhan berbilang data berbilang) | Teknologi Maklumat | Tiada | Seni bina sistem komputer selari yang terdiri daripada beberapa pemproses. Setiap pemproses melaksanakan aliran suruhannya sendiri untuk memproses aliran data sendiri. |
slave processor | pemproses abdi | Teknologi Maklumat | Tiada | Pemproses bertujuan khusus yang dikawal oleh pemproses utama. |
parallel computer | komputer selari | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer yang mempunyai lebih daripada satu pemproses yang melaksanakan pelbagai suruhan secara serentak. Komputer selari diklasifikasikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada saling sambung di antara beberapa pemproses (unsur pemprosesan) dan saling sambung di antara pemproses dan ingatan. Taksonomi Flynn mengklasifikasikan komputer selari kepada suruhan tunggal data berganda (SIMD). atau suruhan berganda data berganda (MIMD). Mesin pemproses selari juga dibahagikan kepada multi pemproses simetri dan tak simetri bergantung kepada sama ada semua pemproses boleh menjalankan semua kod sistem kendalian atau hanya beberapa pemproses yang dapat menjalankannya. Bahasa pengaturcaraan selari juga diperlukan untuk menggunakan komputer selari secara optimum. |
Digital-Video interactive (DV-i) | interaktif Video Digital (DV-i) | Teknologi Maklumat | Tiada | Jenama yang diberikan kepada set cip pemproses yang dibangunkan oleh Intel untuk memampat video pada cakera dan menyahmampat kembali untuk dimainkan pada masa nyata. Set cip ini mengandungi pemproses piksel dan pemproses paparan. Kebaikan cip ini adalah cip yang boleh diatur cara, jadi pelbagai skema pemampatan dan penyahmampatan boleh digunakan. |
blind word processor | pemproses kata buta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pemproses kata yang tidak mempunyai skrin. |
dual processor | pemproses kembar | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem komputer dengan dua pemproses bagi pelaksanaan atur cara yang cepat. |
raster image processor | pemproses imej raster | Teknologi Maklumat | Tiada | Cip pemproses yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan pengimbasan imej raster. Lihat imej raster. |