bank of capacitor | bank pemuat | Teknik | Elektrik | Sebilangan pemuat kecil yang digunakan dalam sesuatu litar, seperti dalam litar untuk pembetulan faktor kuasa. Jika pemuat-pemuat ini disambung selari, nilai pemuatnya bertambah tinggi dan jika disambung selari, nilai pemuatnya bertambah tinggi dan jika disambung bersiri ia boleh digunakan untuk voltan tinggi. |
trimer | trimer | Teknik | Elektrik | Pemuat berukuran kecil yang dipasang selari dengan pemuat besar. Pemuat ini digunakan untuk pelarasan pemuat pada julatan kecil, seperti pemuat di bahagian penalaan stesen radio. |
variable capacitor | pemuat boleh ubah | Teknik | Elektrik | Pemuat yang boleh dilaraskan atau diubah-ubah nilainya. Antara jenis pemuat boleh ubah termasuklah pemuat udara. |
air capacitor | pemuat udara | Teknik | Elektrik | Pemuat yang menggunakan udara sebagai dielektriknya. Pemuat jenis ini boleh dilaraskan nilainya. Pemuat udara boleh digunakan pada litar penalaan radio (pencari stesen). |
oil capacitor | pemuat minyak | Teknik | Elektrik | Pemuat yang menggunakan kertas terisi tepu minyak sebagai dielektriknya. Pemuat jenis ini kadangkala disebut juga pemuat elektrolit, dan biasanya mempunyai kekutuban positif dan negatif. |
paper capacitor | pemuat kertas | Teknik | Elektrik | Pemuat yang dibuat daripada plat kerajang logam dan dipisahkan oleh kertas lilin. pemuat jenis ini biasanya berbentuk silinder berukuran sederhana. Pemuat kertas boleh digunakan pada motor semesta untuk mengurangkan bunga api, iaitu dengan menyambungkannya selari dengan gerimit. |
electrolyte capacitor | pemuat elektrolit | Teknik | Elektrik | Pemuat berkemuatan tinggi yang plat positifnya ialah aluminium, plat negatifnya adunan kertas kering atau lembap, dan dielektriknya salutan oksida nipis. Pemuat ini ada yang berkekutuban tetap dan ada yang berkekutuban berubah. Pemuat ini mesti dipasang mengikut kutub yang betul. |
oil capacitor | pemuat minyak | Kejuruteraan | Tiada | Pemuat yang dielektriknya adalah minyak. |
paper capacitor | pemuat kertas | Kejuruteraan | Tiada | Pemuat yang mempunyai kertas yang nipis sebagai dielektrik yang memisahkan elektrod kerajang aluminium. |
stray capacitor | pemuat sesat | Sosiologi | Tiada | Pemuat yang tidak dikehendaki tetapi wujud. |