conventional tillage | pemugaran konvensional | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penyediaan tanah sebelum proses menanam yang telah lama diamalkan semenjak jentera pemugaran dicipta. Kaedah ini melibatkan tiga jenis peralatan, iaitu bajak sepak dan baja piring; bajak sikat dan bajak putar. Langkah pertama ialah pembajakan tanah untuk menghapuskan tumbuhan yang sedia ada di kawasan tersebut. Tanah dibajak dan diterbalikkan supaya semua tumbuhan akan terbenam ke bahagian bawah. Jenis bajak yang boleh digunakan dalam langkah ini penggunaan bajak sepak dan bajak piring. Langkah kedua ialah menggunakan bajak sikat yang berfungsi memecah ketulan tanah supaya butiran tanah menjadi kecil. Langkah ini diulang beberapa kali sehingga butiran tanah dikecilkan ke tahap yang diingini. Akhirnya, tanah boleh digemburkan dengan menggunakan bajak putar supaya butiran tanah menjadi halus. |
dynamometer | dinamometer | Pertanian | Tiada | 1. Alat mengukur draf alat pemugaran dan rintangan tanah kepada tusukan alat pemugaran. |
zero tillage | pemugaran sifar | Pertanian | Agroteknologi | Amalan pertanian yang tidak membalikkan atau mencakar tanah bagi membersihkan kawasan daripada rumpai dalam penyediaan tanah sebelum penanaman dilkakukan. Sebaliknya, tanah perlu dibersihkan daripada rumpai dengan menggunakan racun herba dan benih ditanam terus. Amalan ini bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah yang boleh berlaku dengan pemecahan butiran dan struktur tanah akibat pemugaran. |
tillage | pemugaran; pandu arah | Geografi | Tiada | Tiada |
tillage | pemugaran; pandu arah | Pertanian | Tiada | Tiada |
resoiling | pemugaran tanah | Kejuruteraan | Tiada | Meratakan tanah selepas pembinaan atau pengorekan selesai dan menggantikan tanah atas supaya sesuai untuk tumbuh-tumbuhan. |
disc | cakera; piring | Pertanian | Tiada | 1. Sesuatu yang berbentuk bulat, mendatar dan nipis, menjadi pembawa untuk bahan las yang dilekatkan di permukannya dan dipasang pada hanpis melalui mendrel. 2. Hal pemugaran tanah yang berbentuk bulat dan ceper serta sedikit cembung untuk pemugaran cetek tanah. |
tillage | pemugaran; pandu arah | Pertanian | Tiada | Pengubahsuaian sifat tanah secara mekanik bagi memperbaiki keupayaan tanah mengeluarkan hasil tanaman. |
tillage | pemugaran | Biologi | Umum | Tiada |
tillage | pemugaran | Agroteknologi | Tiada | Kaedah mengolah tanih yang dilakukan secara mekanikal. |