Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.li.ha.ra.an] | ڤموليهاراءن

Definisi : perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.li.ha.ra.an] | ڤموليهاراءن

Definisi : hal atau perbuatan memulihara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemuliharaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in situ conservationpemuliharaan in situPertanianAgroteknologiPemuliharaan baka tumbuh-tumbuhan yang dilakukan di dalam kawasan semula jadi yang dilindungi daripada pencerobohan. Pemuliharaan in situ dilakukan bertujuan untuk menambah baik serta mengekalkan varieti asli di sesuatu kawasan. Contohnya, satu kawasan hutan simpan yang telah ditetapkan menjadi kawasan pemulihaaan in situ, dan sebarang tumbuhan dari kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar ke tempat yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara spesies yang terdapat secara semula jadi di kawasan tersebut. Contoh lain ialah dusun yang telah lama ditanam dengan pelbagai varieti buah-buahan. Dusun ini boleh juga dianggap sebagai kawasan pemuliharaan in situ bagi baka buah-buahan.
natural conservationpemuliharaan alam semula jadiBiologiEkologiPengekalan sistem ekologi supaya stabil dan produktif melalui beberapa langkah positif, seperti pemuliharaan hutan simpan, penjagaan sungai, perlindungan hidupan liar, dan pemuliharaan tanah.
in situ conservationpemuliharaan in situHerbaBotani dan BioteknologiProgram pengurusan sumber genetik tumbuhan dalam habitat semula jadi seperti di hutan paya bakau, batu kapur, hutan gunung dan tanah pamah. Program ini penting untuk melindungi sumber genetik asal di persekitaran semula jadi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan sumber penyelidikan, penanaman semula, pembiakan dan pembiakbakaan. Contoh pemuliharaan in situ ialah pemuliharaan di taman negara.
Plant genetic conservationPemuliharaan genetik tumbuhanPertanianTiadaPengurusan sumber genetik yang merangkumi penjagaan, penanaman, pengekalan dan pembiakan tumbuhan sama ada dalam habitat semula jadi atau yang telah terubah suai. Pemuliharaan bertujuan untuk mengekalkan, menghalang atau mengurangkan kepupusan genetik serta penggunaan secara mampan.
plant genetic conservationpemuliharaan genetik tumbuhanHerbaBotani dan BioteknologiPengurusan sumber genetik yang merangkumi penjagaan, penanaman, pengekalan dan pembiakan tumbuhan sama ada dalam habitat semula jadi atau terubah suai. Pemuliharaan bertujuan untuk mengekalkan, menghalang atau mengurangkan kepupusan genetik serta penggunaan secara mampan.
land conservationpemuliharaan tanahBiologiEkologiPengurusan dan kaedah penggunaan tanah dengan tujuan untuk melindungi tanah daripada kesusutan atau kemorosotan, sama ada oleh faktor semula jadi atau oleh faktor yang dipengaruhi oleh manusia. Di antara pengurusan tanah yang bersifat pemuliharaan ialah perparitan, pengawalan pengumpulan garam atau asid, dan pengawalan hakisan.
soil conservationpemuliharaan tanahPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang diamalkan dengan tujuan mengekalkan kesuburan dan kestabilan tanah serta melindung tanah daripada hakisan. Antara amalan yang berkesan ialah penanaman tanaman penutup bumi antara pokok saka seperti getah dan kelapa sawit supaya tanah tidak terdedah kepada hujan dan panas. Penggunaan sungkupan daripada daun kering dan jerami juga melindungi tanah daripada hakisan. Penggunaan baja organik dapat mengekalkan kesuburan tanah di samping memperbaik ciri fizik tanah seperti struktur tanah dan keupayaan memegang air. Penanaman di lereng bukit mengikut kontur juga merupakan satu amalan pemuliharaan tanah dengan mengurangkan kadar saliran air di tepi bukit.
conservationpemuliharaan; pengabadian; penjimatanFizikTiadaTiada
conservationpemuliharaan; pengabadian; penjimatanGeografiTiadaTiada
conservationpemuliharaan; pengabadian; penjimatanGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas