Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.tar] | ڤموتر

Definisi : 1. alat utk memutar: ~ pancur air; ~ piring; ~ skru; 2. orang yg memutar; ~ semangat ki sesuatu (nasihat dll) yg me­mulihkan atau mendatangkan semangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.tar] | ڤموتر

Definisi : alat utk memutarkan (sesuatu): ~ skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemutar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
record playerpemutar rekod; pemutar piring hitamSosiologiTiada2. Pemutar piring hitam: Mesin untuk memainkan semula rakaman yang dibuat di atas piring ke dalam piring hitam.
record playerpemutar rekod; pemutar piring hitamPendidikanTiada1. Pemutar rekod: Alat untuk memainkan semula bahan yang telah dirakam dalam cakera audio.
repulsion start motormotor mula tolakanTeknikElektrikMotor satu fasa yang beroperasi berasaskan ciri kemagnetan, iaitu tindak balas di antara medan di pemutar dan medan di pemegun. Motor ini mempunyai dua jenis pemutar, satu pemutar belitan dan satu lagi pemutar bersangkar tupai. Berus karbon yang dipasang pada pemutar penukar tertib sentiasa disambung dengan litar pantas semasa motor mula ini mula dihidupkan, dan akan terbuka apabila motor telah berputar pada 75% kelajuan penuh motor tersebut. Arah putaran motor ini dapat diubah dengan mengubah kedudukan berus karbon sama ada berlawanan jam atau sebaliknya dari kedudukan satah neutral.
squirrel cage rotorpemutar sangkar tupaiTeknikElektrikPemutar berbentuk silinder yang digunakan dalam motor aruhan. Pemutar ini dibina daripada palang kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai. Hujung di kedua-dua belah palang ini disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung.
slip ring motormotor gelang gelincirTeknikElektrikMotor aruhan yang mempunyai pemutar belitan yang rintangan pemutar ini boleh diubah-ubah. Belitan pemutarnya disambungkan ke perintang boleh ubah di luar melalui gelang gelincir supaya arus pemutar dan kilas mula dapat dikawal, dan seterusnya perjalanan dan kelajuan motor ini dapat dikawal dengan mudah. Nama lain motor ini ialah motor pemutar belitan.
pemutar skrupemutar skruKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk memutar skru, memasukkan dan merapatkan anyaman rotan.
Wankel engineenjin WankelKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin pembakaran berputar yang menggunakan pemutar tiga sisi yang melengkung. Pemutar itu dipasang pada aci pemacu dan diletakkan dalam sebuah kebuk berbentuk oval. Pemutar ini berpusing secara malar pada satu arah dan menghasilkan keempat-empat lejang, iaitu pengambilan, mampatan, pembakaran dan ekzos. Tiga daripada keempat-empat lejang tersebut berlaku secara serentak pada suatu ketika. Sinonim enjin putar.
impact screwdriverpemutar skru hentakKesenianTiadaPemutar skru yang boleh digunakan dengan mengetuk hulunya untuk mengetat atau melonggarkan skru yang terdapat pada sesuatu benda.
carbon brushberus karbonTeknikElektrikBerus berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon digunakan untuk membawa arus masuk ke dalam pemutar motor (a.u.), pemutar berlilit atau angker motor (a.t.) atau membawa arus keluar dari pemutar atau angker motor (a.t./a.u.)
offset screw driverpemutar skru ofsetKesenianTiadaPemutar skru yang matanya pemutarnya bersudut tepat dengan bahagian pemegangnya.
12345678910...

Kembali ke atas