duo | duo | Muzik | Tiada | Karya bagi dua orang pemuzik. Contohnya, dua pemain piano yang bermain dengan dua atau sebuah piano. Bahagian pemuzik yang pertama dikenali sebagai primo manakala bahagian pemuzik yang kedua dikenali sebagai secondo. |
cadenza | kadenza | Muzik | Tiada | Bahagian muzik bagi pemuzik solo membuat persembahan secara berseorangan, terutamanya dalam genre konserto. Satu rangkap muzik yang diselitkan antara dua kord dalam kadens terakhir bagi memberi peluang kepada pemuzik solo menunjukkan kemahiran dalam teknik persembahan. Kadenza mungkin digubah oleh komposer atau diimprovisasi oleh pemuzik solo itu sendiri. Muzik kadenza bercorak improvisasi, melodinya berbunga-bunga dan melibatkan rangkap skel dan ritma yang rancak. Bahagian orkestra berhenti bermain muzik buat seketika apabila kadenza dipersembahkan. |
lamentoso | lamentoso | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik untuk bermain dengan tempo yang lebih lambat. Pemuzik biasanya bermain dengan perasaan yang dukacita dan mengeluh. |
trouveres (F) | trouveres | Kesenian | Tiada | Pemuzik kembara Perancis. |
virtuoso (It) | virtuoso | Kesenian | Tiada | Pemuzik yang berkebolehan istimewa dalam teknik dan permainan. |
troubadour | Troubadour | Kesenian | Tiada | 2. Troubador: Pemuzik kembara Perancis. |
accompanist | pengiring | Kesenian | Seni Muzik | Pemuzik latar. |
lustig | lustig | Muzik | Tiada | Pemuzik bermain dengan perasaan yang gembira dan riang dalam tempo yang agak rancak. |
ensemble | ensembel | Kesenian | Tiada | 2. Ensembel: Gabungan pemuzik instrumental dan atau kumpulan vokal. |
spiccato | spiccato | Muzik | Tiada | Arahan kepada pemuzik untuk bermain secara terputus-putus dengan menggunakan teknik pantulan penggesek alat bertali. |