process improvement | penambahbaikan proses | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau tindakan yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti dan memperkemas sistem dan peraturan yang sedia ada dalam sesebuah organisasi. Kebiasaannya, penambahbaikan proses melibatkan penilaian semula sistem pentadbiran, pengurusan semasa dan penstrukturan organisasi. Tindakan ini termasuk menilai semula keupayaan untuk mencapai matlamat, misi dan wawasan yang telah ditetapkan. Ia melibatkan perancangan yang rapi, pengurusan yang cekap, penandaarasan, TQM, ISO dan sebagainya. Tindakan yang diambil ini biasanya akan bersandarkan kepada sesuatu metodologi atau strategi yang tersusun untuk menghasilkan sesuatu objektif yang disasarkan. |
style improvement | penambahbaikan gaya | Ekonomi | Tiada | Tiada |
cost of improvement | kos penambahbaikan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
administrative change | perubahan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses penambahbaikan dan pengemaskinian pentadbiran organisasi. Perubahan pentadbiran boleh berlaku dalam organisasi dan persekitarannya. Perubahan ini berlaku dengan cepat atas desakan penyesuaian teknologi moden yang sofistikated sesuai dengan perubahan zaman. Aspek perubahan pentadbiran boleh dilihat dalam pembentukan dasar pentadbiran yang baru, gaya pengurusan, pendekatan yang terkini dan penggunaan pelbagai prasarana moden yang lebih efisien. Keberkesanan dari perubahan ini banyak bergantung kepada penyesuaian yang dibuat khususnya melibatkan penstrukturan hubungan kerja antara pentadbir dengan kakitangan bawahan. |
development administration | pentadbiran pembangunan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengukuhan dan penambahbaikan teknik, proses dan sistem bagi meningkatkan keupayaan pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran pembangunan mengandaikan pemodenan negara bergerak seiringan dengan struktur birokrasinya. Menurut Lucien Pye, birokrasi yang berkesan boleh menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Pentadbiran pembangunan berkembang pada tahun 1950-an hasil penggabungan bidang ekonomi klasik dengan bidang pentadbiran awam. |
administrative reform | pembaharuan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan struktur dan sistem pentadbiran. Ia merupakan usaha pengubahsuaian yang sengaja dilakukan, melibatkan penerapan nilai-nilai dan teknologi baru dalam sistem kerajaan yang sedia ada. Caiden, seorang sarjana pentadbiran awam, mentakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai usaha mendorong perubahan pentadbiran kepada sesuatu yang baru dan berbeza dengan yang sedia ada. Manakala Yehezkel Dror mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai perubahan yang terarah bagi ciri-ciri utama sesuatu sistem pentadbiran. Quah pula mentafsirkan pembaharuan pentadbiran sebagai percubaan yang terancang untuk mengubah struktur dan prosedur birokrasi serta tingkah laku birokrat awam yang terlibat bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. |
formative evaluation | penilaian formatif | Kejururawatan | Tiada | Maklumat berterusan mengenai prestasi program untuk penambahbaikan sesuatu program. |
software maintenance | penyelenggaraan perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses dalam kejuruteraan perisian bagi menambah baik perisian selepas dilaksanakan atau digunakan. Penambahbaikan ini adalah untuk membaiki prestasi, membetulkan ralat dan menambah fitur dalam perisian. Proses ini perlu dilakukan dengan sistematik dan teliti supaya sebarang pengubahsuaian dapat disepadukan dengan modul atau atur cara yang asal. Contoh aktiviti dalam penyelenggaraan perisian ialah pengeluaran perisian versi terbaru. |
agent of change | agen perubahan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu atau kumpulan individu yang bertindak sebagai pencetus kepada idea baru untuk membawa transformasi ke arah penambahbaikan dan pemantapan organisasi. Kewujudan agen perubahan mampu melakukan anjakan paradigma dalam organisasi dan berupaya memastikan kejayaan setiap perubahan yang dilaksanakan. Pengurus adalah agen perubahan dalam organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyuntik pembaharuan dan memperkenalkan suatu budaya kerja serta amalan baru untuk kelangsungan pentadbiran. Agen perubahan juga dianggap sebagai fasilitator yang berperanan menjana dan memupuk sikap baru dalam kalangan kakitangan organisasi. |
prototyping | pemprototaipan | Teknologi Maklumat | Perisian | Penciptaan suatu model dan semua aspek simulasi suatu produk. Dalam penciptaan ini, alat CASE digunakan untuk menyokong pelbagai bentuk pemprototaipan. Oleh itu, pengguna akhir boleh memberi komen penambahbaikan dari aspek antara muka pengguna dan struktur dokumentasi sebelum kod dijana. |