bond rating | penarafan bon | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses memberi taraf kepada bon oleh agensi penarafan. Di Malaysia, terdapat dua agensi penarafan, iaitu Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) yang memberi penarafan bon yang didenominasikan dalam Ringgit Malaysia termasuklah bon yang dikeluarkan mengikut prinsip syariah. |
rating agency | agensi penarafan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Agensi yang memberikan gred semua terbitan sekuriti hutang swasta Islam dan bukan Islam serta menyebarkan maklumat semasa kepada bakal pelabur kedua-dua terbitan peringkat pertama dan kedua. Contohnya, Agensi Penarafan Malaysia (RAM) dan Perbadanan Penarafan Malaysia (MARC). Kategori penarafan yang diberi oleh agensi ini adalah antara ‘AAA’ hingga ‘BBB’. Sekuriti yang diberi penarafan tinggi seperti ‘AAA’ oleh agensi ini akan memberikan imej perniagaan yang baik kepada pengeluar sekuriti tersebut. |
Nielsen market section rating | penarafan seksyen pasaran Nielsen | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengukuran perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh Bahagian Penarafan Pasaran Nielsen Media Research Malaysia. Bahagian ini melakukan penarafan perbelanjaan syarikat atau agensi pengiklanan dalam media di Malaysia dan menghasilkan daftar perbelanjaan yang menjadi rujukan para pengiklan dan pelabur media di Malaysia. Kaedah ini dikenali sebagai perbelanjaan pengiklanan atau Advertising Expenditure (ADEX). Antara alat pengukuran yang digunakan ialah meter elektronik seperti Set Meters dan People Meters. |
minute-by-minute profile | profil minit ke minit | Komunikasi | Korporat | Pola tontonan rancangan radio dan televisyen yang diperoleh hasil kajian penarafan yang dibuat oleh syarikat penarafan yang dilantik berdasarkan pendedahan khalayak dari minit ke minit. Penarafan secara minit ke minit ini menjelaskan kedudukan jumlah khalayak sesuatu rancangan secara terperinci. Pemantauan secara terperinci ini boleh membantu pengiklan mengenal pasti jumlah khalayak yang bertambah atau menurun bagi sesuatu detik masa. Hasil penarafan ini turut membantu pihak perancang media dalam agensi pengiklanan untuk mengenal pasti titik masa yang sesuai untuk meletakkan iklan mereka. |
Hulbert rating | penarafan Hulbert | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penarafan terhadap prestasi penasihat pelaburan dibuat melalui Hubert Financial Digest. |
rating | penarafan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses memberi taraf kepada instrumen hutang sebagai petunjuk kepada risiko mungkir secara relatif dan tahap kepercayaan kredit. Petunjuk atau taraf ini disediakan oleh agensi penarafan untuk institusi yang menerbitkan hutang. Bagi instrumen hutang yang mempunyai tempoh lebih daripada satu tahun, penilaian ‘AAA’ menunjukkan tahap kepercayaan kredit yang tertinggi daripada kemungkiran pada masa hadapan. Penilaian ‘D’ bermakna instrumen hutang itu berada dalam keadaan mungkir. Instrumen hutang antara ‘AA’ dengan ‘BBB’ dianggap sebagai gred pelaburan berhemat, manakala instrumen yang ditaraf ‘BB’ atau lebih rendah dikelaskan sebagai gred spekulatif. |
Nielsen rating | penarafan Nielsen | Komunikasi | Korporat | Kaedah mengesan tindak balas khalayak terhadap media, mengenali sifat khalayak, dan mengenal pasti hubungan khalayak dengan media. Jenis kajian pengesanan yang biasa dilakukan adalah mengesan pola dan kekerapan pendedahan khalayak pada media, peringkat pendedahan dan kesukaan terhadap barangan, dan aspek lain yang berkaitan dengan maklum balas pemasaran. Apabila sistem televisyen beralih kepada sistem digital, kaedah pengukuran khalayak telah menggunakan alat ukur yang dikenali sebagai meter Active/Passive (A/P). Meter A/P ini merupakan alat yang boleh menentukan atau menetapkan jenis rancangan dan masa menonton. Sebelum itu, syarikat penarafan Nielsen telah memperkenalkan teknologi Local People Meter untuk mengukur khalayak media di kawasan metropolitan yang aktiviti perniagaannya aktif, seperti New York, Los Angeles, dan Chicago di Amerika Syarikat. Pada akhir kurun ke-20, syarikat penarafan khalayak yang dimiliki oleh syarikat AGV Nielsen telah menguasai pasaran aktiviti penarafan khalayak dunia terutamany |
credit rating | penarafan kredit | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
bond rating | penarafan bon | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
advanced rating | penarafan awal | Komunikasi | Tiada | Proses mendapatkan maklum balas mengenai sesebuah penerbitan yang belum dijadikan rancangan sepenuhnya. Penerbitan itu didedahkan kepada sekumpulan khalayak untuk memperoleh maklum balas mengenainya. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pihak stesen bergantung kepada keputusan maklum balas tersebut. |