advisory committee | jawatankuasa penasihat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jawatankuasa yang berperanan memberi pendapat kepada sesuatu badan. Contohnya, Jawatankuasa Penasihat Majlis Hak Asasi Manusia yang berfungsi sebagai pemikir dengan melakukan penyelidikan dan mengemukakan cadangan kepada Majlis Hak Asasi Manusia. |
Syariah Advisory Council (SAC) | Majlis Penasihat Syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993. Majlis ini diberi mandat untuk memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip syariah dengan cara mengenal pasti dan menentukan kriteria syariah yang perlu dipenuhi oleh pasaran modal Islam. Majlis Penasihat Syariah juga memberi nasihat kepada pengamal kewangan Islam berhubung pembangunan pasaran modal Islam dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu berkaitan pasaran modal Islam. Ahli majlis ini terdiri daripada ulama Islam dan pakar kewangan Islam. |
advisory board | lembaga penasihat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menasihati sesebuah organisasi tertentu. Badan ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman tertentu, khususnya yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Badan ini bertanggungjawab untuk memastikan agar perjalanan dan pelaksanaan organisasi berkenaan tidak lari dari matlamat asal serta objektif penubuhannya. Pada masa yang sama, badan ini juga bertindak sebagai penyelesai masalah, khususnya masalah utama yang melibatkan perkembangannya. Sebagai contoh, Lembaga Pengarah Universiti merupakan lembaga penasihat kepada sesebuah universiti. |
adviser | penasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
Counsellor | Penasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
adviser | penasihat | Perubatan | Tiada | Tiada |
adviser | penasihat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
Counsellor | Penasihat | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Counsellor | Penasihat | Sejarah | Tiada | Tiada |
mentor | penasihat | Pentadbiran | Tiada | Individu yang menjadi contoh, mengasah bakat, dan memberi nasihat yang bernas kepada orang yang berada di bawah naungannya. |