Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.bu.lan] | ڤنچابولن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.bu.lan] | ڤنچابولن

Definisi : perbuatan atau hal mencabul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencabulan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transgressiontransgresi; pencabulanSejarahTiadaTiada
security violationpencabulan keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan yang dilakukan oleh pengguna hasad untuk mengelak atau menggagalkan kawalan suatu sistem maklumat untuk memperoleh capaian terlarang.
desecrationpencemaranSejarahTiadaPencemaran atau pengotoran atau pencabulan sesuatu yang dianggap suci.
software piracycetak rompak perisianTeknologi MaklumatPerisianAktiviti menyalin perisian secara tidak sah atau mengagihkan perisian tanpa kebenaran pencipta asal perisian tersebut. Cetak rompak perisian merupakan pencabulan hak cipta perisian. Contoh perbuatan cetak rompak perisian ialah pemasangan perisian yang menyalahgunakan lesen yang sah seperti memasang perisian lebih daripada bilangan lesen yang ditetapkan.
link status signal unit (LSSU)link status signal unit (LSSU)Teknologi MaklumatTiadaPaket yang dihantar antara bahagian pindahan mesej (MTP) protokol SS7 untuk menyediakan maklumat SS7 berkenaan nod penghantaran dan pautannya. Maklumat ini dihantar semasa penjajaran awal pautan apabila berlaku pencabulan pemproses yang berkaitan atau apabila kesesakan pautan dikesan.
retortionretorsiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesebuah negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Retorsi merupakan satu bentuk pertolongan kendiri. Negara yang mengambil tindakan retorsi itu sebenarnya menolong dirinya sendiri dalam menguatkuasakan haknya yang dicabuli oleh negara lain dengan mencederakan negara berkenaan. Retorsi adalah satu tindakan yang sah untuk mencederakan negara lain. Retorsi berbentuk membalas walaupun tidak semestinya sama seperti pencabulan. Walaupun retorsi tidak dialu-alukan penggunaannya, namun tindakan retorsi pada asalnya adalah sah dan dibenarkan. Contohnya, negara A memutuskan hubungan diplomatik dengan negara B. Tindakan ini asalnya sah kerana negara tersebut tidak mempunyai kewajipan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Tindakan ini tetap sah walaupun tidak ada tindakan salah sebelumnya oleh negara yang satu lagi. Contoh-contoh lain termasuklah mengenakan sekatan perjalanan, mengisytihar
human rightshak asasi manusiaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak dan kebebasan manusia yang utama, iaitu merangkumi hak sivil dan politik, hak ekonomi, sosial dan budaya, serta hak masyarakat. Contoh hak sivil dan politik ialah hak untuk hidup, kebebasan beragama, hak bergerak dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat. Contoh hak ekonomi, sosial dan budaya ialah hak untuk mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan kemudahan kesihatan, manakala contoh hak masyarakat ialah hak kepada pembangunan dan hak penentuan kendiri. Hak asasi manusia tidak boleh dinafikan oleh masyarakat atau negara. Undang-undang yang berkaitan hak asasi manusia melindungi hak ini daripada pencabulan oleh kerajaan.

Kembali ke atas