Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.ha.ya.an] | ڤنچهاياءن

Definisi : 1. perihal mencahayakan, penyinaran; 2. penggunaan alat, perkakas yg mengeluarkan cahaya dan penghasilan caha­ya yg sesuai bagi usaha pementasan atau peng­gambaran: seorang pereka set sentiasa menjadi orang rujukan kpd pereka-pereka kostum, ~ dan petugas-petugas teater yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencahayaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
luxluksFizikOptikUnit SI bagi pencahayaan, iaitu pencahayaan seragam satu lumen ke atas permukaan 1 meter persegi.
foot-candlekaki-lilinFizikOptik1 Unit pencahayaan bersamaan dengan pencahayaan seragam ke atas permukaan satu kaki persegi oleh fluks berluminositi 1 lumen. 2. Pencahayaan ke atas semua titik pada permukaan yang berjarak satu kaki dari satu sumber titik seragam berkeamatan 1 kandela.
lux (unit)lux (unit)KejuruteraanTiadaUnit pencahayaan, yang merupakan pencahayaan kawasan seluas satu meter persegi yang ditindaki fluks seragam satu lumen.
back lightingpencahayaan belakangKomunikasiTiadaPencahayaan yang menggunakan lampu tumpu yang dipancarkan dari bahagian belakang objek. Suasana misteri boleh diwujudkan dengan penggunaan kesan pencahayaan ini.
lightingpencahayaanKesenianSeni BinaPenggunaan peralatan untuk menerangi sesuatu ruang atau untuk menonjolkan reka bentuk bangunan bagi tujuan praktikal dan estetik. Pencahayaan semula jadi dalaman boleh dilakukan melalui reka bentuk bangunan yang mempunyai dinding, tingkap atau pintu yang diperbuat daripada kaca. Pencahayaan luar bangunan pula direka bentuk untuk memberikan pencahayaan taman atau untuk menaikkan seri bangunan dengan cara memberikan fokus kepada sesuatu elemen bangunan menggunakan lampu sorot.
diffuse illuminationpencahayaan baurGeografiTiadaPencahayaan objek melalui proses bauran cahaya solar.
flat lightingpencahayaan rataKesenianTiadaPencahayaan dalam lukisan yang tidak menunjukkan tumpuan utama.
base illuminationpencahayaan asasKomunikasiTiadaPencahayaan secara umum yang diperlukan di kawasan penggambaran dengan penggunaan lampu yang tidak menghasilkan bayang-bayang yang jelas.
bias lightingpencahayaan memihakKomunikasiTiadaPencahayaan yang tertumpu kepada sesuatu subjek tertentu supaya subjek yang lain berada dalam keadaan samar-samar atau kurang bercahaya.
soft lightingpencahayaan lembutKomunikasiTiadaPencahayaan yang terhasil daripada penggunaan sumber lampu yang boleh mewujudkan kesan cahaya meluas dan tidak menghasilkan kesan bayang-bayang yang ketara.
12345678910...

Kembali ke atas