surface observation | pencerapan permukaan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan meteorologi, selain pencerapan udara atas, yang dilakukan oleh pemerhati di atas permukaan bumi. Jenis utama pencerapan permukaan ialah pencerapan cuaca sinoptik, pencerapan cuaca penerbangan dan pencerapan cuaca marin. Pencerapan klimatologi boleh juga digolongkan dalam pencerapan permukaan. |
radiosonde observation | pencerapan radiosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan udara atas melalui isyarat radio yang diterima dari belon radiosond untuk mendapatkan nilai suhu, tekanan, kelembapan, laju dan arah angin. Pencerapan udara atas merangkumi pencerapan radiosond, pencerapan belon duga, dan pencerapan pesawat udara. Stesen gunung yang cukup tinggi boleh juga dipertimbangkan dalam rangkaian pencerapan udara atas pada ketinggian tersebut. |
meteorological observation | pencerapan meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penilaian atau pengukuran salah satu atau lebih unsur meteorologi seperti suhu udara, tekanan, angin, kelembapan, petir dan kabut. Pencerapan meteorologi merangkumi pencerapan permukaan, pencerapan marin dan pencerapan udara atas. |
special weather observation | pencerapan cuaca khusus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan cuaca penerbangan yang dilakukan untuk melaporkan perubahan bererti satu atau beberapa unsur cuaca yang dicerap sejak laporan terakhir. Ciri-ciri khusus pencerapan ini boleh berubah dari masa ke masa. Pencerapan ini biasanya merangkumi: i. perubahan siling dan ketampakan bererti, terutamanya pada aras dan jarak yang terendah; ii. kehadiran awan rendah; iii. kewujudan dan berakhirnya tornado dan ribut petir; iv. peringkat awal dan akhir kerpasan sejuk beku; v. perubahan mendadak tekanan; vi. perubahan bererti angin. |
principle synoptic observation | pencerapan sinoptik utama | Sains | Hidrometeorologi | Pencerapan sinoptik yang dibuat di rangkaian beberapa stesen, masa piawai untuk pencerapan sinoptik utama ialah 0, 6, 12 dan 18 GMT. |
pilot ballon observation | pencerapan belon duga | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan angin atas, iaitu penentuan halaju dan arah angin di atmosfera di atas stesen. pencerapan dilakukan dengan membaca sudut ketinggian dan azimut teodolit semasa menjejak belon duga secara visual. |
synoptic forecast | ramalan sinoptik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ramalan cuaca yang berdasarkan pencerapan sinoptik, iaitu pencerapan permukaan atau udara atas yang dilakukan pada waktu piawai. Kaedah ini biasanya mengandungi unsur-unsur fizik, kinematik, dan sifat-sifat klimatologi, dan oleh itu, ramalan sinoptik dianggap bersifat subjektif. |
standard time of observation | waktu pencerapan piawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Waktu yang telah ditetapkan dalam manual sistem pencerapan Pertubuhan Meteorologi Sedunia untuk melakukan pencerapan meteorologi. |
actual time of observation | waktu pencerapan sebenar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Waktu pembacaan barometer dalam pencerapan sinoptik permukaan. 2. Waktu pelepasan belon, payung terjun atau roket dalam pencerapan udara atas. |
marine observation | pencerapan marin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pencerapan cuaca mengikut prosedur Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang dilakukan di atas kapal yang sedang belayar. Unsur-unsur yang dicerap merangkumi jumlah awan, arah dan laju angin, ketampakan, cuaca, tekanan udara, suhu, lapisan awan tertentu, kecenderungan tekanan, suhu air laut, suhu takat embun, keadaan laut dan ais laut. Pencerapan juga merangkumi masa dan tarikh pencerapan dilakukan serta nama, kedudukan, haluan dan laju kapal. |