torture | penderaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan. |
interpersonal violence | keganasan antara perorangan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia yang meliputi penderaan fizikal, psikologi, seksual, ekonomi dan sosial. Contohnya, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, penderaan orang tua dan sebagainya. Sinonim keganasan interpersonal. |
fatal child abuse | penderaan kanak-kanak maut | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penderaan secara fizikal, psikologi dan seksual terhadap kanak-kanak yang mengakibatkan kematian kanak-kanak tersebut. Pada asalnya, tindakan pelaku bertujuan untuk menyebabkan kecederaan tetapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan kematian kepada mangsa. |
child sexual abuse | penderaan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif terhadap kanak-kanak dari segi seksual. Tindakan agresif atau penderaan ini boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut. |
partner abuse | penderaan pasangan | Kejururawatan | Tiada | Keganasan yang berlaku antara pasangan apabila salah seorang lebih lemah dalam bentuk emosi, fizikal atau seks. Contohnya, penderaan suami terhadap isteri atau sebaliknya. |
child abuse | penderaan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan agresif yang dilakukan terhadap kanak-kanak, sama ada dari segi fizikal, psikologi, lisan atau seksual. Tindakan ini termasuklah melakukan pelanggaran hak kanak-kanak, seperti pengurungan dan perhambaan. Penderaan kanak-kanak boleh mengakibatkan kesan fizikal atau mengancam kesejahteraan psikologi kanak-kanak tersebut. |
elderly abuse | penderaan warga emas | Kejururawatan | Tiada | Perlakuan dalam bentuk eksploitasi emosi, fizikal, seksual atau kewangan terhadap orang yang berusia lebih daripada 60 tahun. |
emotional abuse | penderaan emosi | Kejururawatan | Tiada | Penganiayaan perasaan dengan cara yang negatif seperti membenci, menghina dan memalukan seseorang. |
child abuse | penderaan anak | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
child abuse | penderaan kanak-kanak | Kejururawatan | Tiada | Perbuatan yang kejam dan memudaratkan kanak-kanak. |