Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), K
Thanks for clicking. That felt good.