ideal type bureaucracy | bidang kuasa pentadbiran | Pentadbiran | Tiada | Dasar atau peraturan yang menyentuh hal ehwal penyeberangan sempadan negara yang melibatkan warganegara mahupun bukan warganegara. Dasar ini berkisar persoalan pengeluaran passport, kemasukan orang luar ke dalam negara, menangani masalah pendatang haram, penerimaan pekerja asing dan pengeluaran permit kerja, pengiktirafan suaka politik dan pelarian serta status penduduk tetap dan kewarganegaraan. Dasar yang banyak melibatkan undang-undang ini boleh jadi berbeza antara satu negara dengan yang lain. Dasar yang tertutup atau ketat menyukarkan penerimaan kemasukan warga asing ke dalam negara sama ada sebagai pelarian, pekerja mahupun pemohon penduduk tetap atau kewarganegaraan. Negara ini mungkin memerlukan visa dan pelawat perlu melalui pemeriksaan yang rapi sebelum dibenar masuk. Bagaimanapun bagi dasar imigresen yang longgar atau terbuka ia akan bersifat fleksibel dan boleh menerima pelarian, suaka politik, permohonan penduduk tetap atau warga negara dengan kadar yang lebih segera dan ringkas. Contoh dasar imi |
Arab-Israeli War | Perang Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Siri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun |