kite observation | cerapan wau | Sains | Hidrometeorologi | Pendugaan atmosfera dengan cara menaikkan alat dengan wau. |
depegram | depegram | Geologi | Tiada | Lengkung yang berkait dengan hasil pendugaan aerologi, yang menggambarkan suhu takat embun sebagai fungsi tekanan. |
depegram | depegram | Sains | Hidrometeorologi | Lengkung yang berkaitan dengan hasil pendugaan aerologi, yang mewakili suhu titik embun sebagai fungsi tekanan. |
satellite sounding | perum satelit | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Pemeruman atau pendugaan dengan menggunakan peralatan yang dipasang pada satelit buatan. Antara pengukuran data meteorologi oleh satelit ialah sinaran suria, sinaran bumi, albedo bumi dan taburan awan. |
sodar | sodar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Alat yang menghantar dan menerima gelombang bunyi yang beroperasi sama seperti radar bagi tujuan pendugaan atmosfera bawah untuk mengesan kawasan ketakselanjaran suhu dan kawasan serakan berskala kecil. |
transosonde | transosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penerbangan belon aras malar yang trakjektorinya ditentukan dengan penjejakan menggunakan peralatan radio pencari arah, dan ia merupakan pendugaan udara atas secara separa mendatar. Selalunya pencerapan yang dilakukan adalah dengan menentukan kedudukan berturutan bagi belon dan yang memberikan trajektori, laju dan arah angin. Peralatan lain boleh juga dipasang pada belon ini untuk mendapatkan data meteorologi telemetri, |
E-layer | lapisan E | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lapisan ionosfera paling rendah yang terdapat pada ketinggian di antara 100-120 km. Lapisan E dapat dicerap melalui pendugaan ionosfera biasa, terutamanya pada waktu siang. Ketumpatan elektron maksimumnya adalah dalam lingkungan 105 per cm2. Terdapat juga lapisan kedua di atas lapisan E, yang terletak pada latitud kira-kira 150 km yang disebut lapisan E2. |
aerological diagram | gambar rajah aerologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Gambar rajah termo-dinamik yang digunakan untuk analisis aerologi dan sinoptik. Garis rujukan yang digunakan untuk memplot hasil pendugaan ialah garis isobar, isoterm, adiabatik kering, adiabatik tepu dan garis lengas tepu. Antara gambar rajah yang sering digunakan ialah tefigram, emagram, dan gambar rajah Stuve |
radiosonde station | stesen radiosond | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Stesen meteorologi yang berfungsi untuk mendapatkan dan membekalkan maklumat cuaca udara atas seperti suhu, kelembapan relatif, tekanan, dan angin dengan cara pendugaan belon. Untuk laporan sinoptik, pencerapan radiosond dilakukan pada 0000UTC dan 1200 UTC |