gap framepress | penekan kerangka sela | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mesin penekan yang mempunyai kerangka badan berbentuk huruf C apabila dipandang dari sisi. Bahagian atas atau kepala mesin dipasang mekanisme, manakala bahagian bawah yang bertindak sebagai meja dipasangkan landas atau acuan. Susunan ini menghasilkan ruang untuk memasukkan benda kerja yang hendak ditekan tiga arah, iaitu depan, kiri dan kanan. Penekan jenis ini biasanya mempunyai kapasiti kurang daripada 100 ton untuk membuat komponen kecil dalam industri automotif. |
mandrel press | penekan gandar roda | Kesenian | Tiada | Penekan yang terdapat pada gandar roda. |
punch press | penekan tebuk | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sebarang penekan mekanik.,punca kuasa untuk menggerakkan gelangsar. |
large press | penekan besar | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Alat penekan yang menghasilkan tekanan tinggi. |
large press | penekan besar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat penekan yang menghasilkan tekanan tinggi. |
siza press | penekan saiz | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Set penekan dan alat penyembur yang tersusun secara menegak atau mendatar yang digunakan untuk mengenakan bahan saiz dan larutan lain ke atas kepingan kertas, dan seterusnya menekan kertas tersebut. Bahan saiz digunakan pada satu atau kedua-dua permukaan kepingan kertas. |
leakage factor | faktor kebocoran | Hidrogeologi | Tiada | Sifat yang menghubungkan beberapa sifat akuifer dan sifat lapisan penekan yang bocor. Dinyatakan sebagai: K ialah kekonduksian hidraulik akuifer, K� ialah kekonduksian hidraulik tegak lapisan penekan, b ialah ketebalan akuifer, dan b� ialah ketebalan lapisan penekan. (Dimensi: L) Ruj.: Davis dan De Wiest 1966 |
notching press | penekan takuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mesin atau alat mekanikal yang boleh menghasilkan takuk lurus atau pinggir berbentuk bulat luaran atau dalaman permukaan kepingan logam. Penekan takuk digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan kotak kayu. |
pressure bar gap | jarak galang penekan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jarak di antara dua satah menegak yang merentasi hujung mata pisau dan bahagian tepi galang penekan dalam mesin pengupas, dan penghiris venir. Jarak ini menentukan ketebalan venir yang dikupas atau dihiris. |
leakage coefficient | koefisien kebocoran | Hidrogeologi | Tiada | Ciri tetap lapisan penekan yang bocor yang merupakan suatu ukuran kemampuan lapisan itu untuk meneruskan bocoran tegak (Hantush). Koefisien ini dinyatakan sebagai kuantiti air yang mengalir merentasi satu unit luas perbatasan di antara akuifer utama dan lapisan penekannya yang bocor, jika selisih hulu yang merentasi lapisan penekan yang bocor itu satu. Koefisien ini adalah sama dengan ketelapan tegak bahan lapisan penekan dibahagi dengan ketebalan lapisan penekan. (Dimensi: T-1) Ruj.: Jacob, Hantush 1954 Sin.: bocoran |