Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nem.bu.san] | ڤنمبوسن

Definisi : perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nem.bu.san] | ڤنمبوسن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menembus atau menembusi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penembusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
market penetrationpenembusan pasaranPengurusanPerancanganPendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi bagi memperluas penguasaan pasaran melalui penjanaan aktiviti pemasaran yang lebih berkesan. Penembusan pasaran bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang sedia ada. Antara kaedah penembusan pasaran yang sering digunakan adalah dengan menawarkan produk dengan harga promosi, meningkatkan perbelanjaan pengiklanan serta menggiatkan usaha publisiti produk dan perkhidmatan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar tekstil tempatan yang terkenal kerap dilihat mengadakan tawaran potongan harga yang hebat terutamanya ketika musim perayaan dan jualan penghabisan stok. Di samping itu, syarikat ini juga turut menggunakan khidmat artis-artis popular tempatan sebagai duta syarikat bagi tujuan publisiti.
root perforationpenembusan akarPerubatanTiadaPenembusan yang terjadi di dinding akar gigi. Biasa disebabkan penggunaan peralatan semasa rawatan kanal akar.
piercingpenyucukan; penembusanKejuruteraanTiada1. Kaedah menghasilkan lubang letup tegak dengan membakar batu-batu untuk membentuk lubang. Sinonim: penembusan pelakuran.,2. Operasi kerja tekan untuk menebuk lubang pada jalur atau kepingan.,3. Menebuk lubang pada bilet keluli berbentuk silinder untuk menghasilkan tiub tanpa pelipat,ke dalam tanah untuk menentukan kedudukan lapisan batuan atau gumpal-gumpal keras. Sinonim: penguaran.
barrier penetrationpenembusan sawarFizikAtom dan NuklearLaluan zarah menembusi sawar keupayaan. Contohnya, laluan zarah alfa menembusi dinding nukleus. Penembusan ini merupakan fenomena mekanik kuantum yang tidak dapat diterangkan oleh teori fizik klasik.
penetrationpenembusanTeknologi MaklumatTiadaTindakan yang berjaya melepasi mekanisma keselamatan sistem.
penetrationpenembusanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
penetrationpenembusanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKedalaman pengawet menyerap masuk ke dalam kayu. Kedalaman ini dapat diukur dengan menggunakan beberapa cara bergantung pada pengawet yang digunakan. Misalnya, Chrome Azurol S disemburkan pada keratan lintang kayu yang telah diawet dengan CCA, dan warna biru tua menunjukkkan takat kedalaman penembusannya.
barrier penetrationpenembusan sawarFizikTiadaTiada
penetrationpenusukan; penembusanGeografiTiadaTiada
market penetrationpenembusan pasaranGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas