retrieval device | sarana penemuan kembali; alat penemuan kembali | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
accidental discovery | penemuan tak sengaja | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Penemuan data arkeologi di permukaan tanah tanpa proses penyelidikan. Penemuan ini biasanya ditemui semasa aktiviti pembangunan dan pertanian. Lihat juga jumpaan tak sengaja, jumpaan permukaan. |
drug discovery | penemuan ubat | Perubatan | Tiada | Proses penemuan sesuatu ubat sama ada secara tak sengaja atau daripada hasil kajian melalui pengubahsuaian terhadap molekul kimia yang sedia ada. Penemuan ubat merupakan langkah pertama dalam perkembangan penghasilan ubat. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Pemiawaian | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti terhadap ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti oleh pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan menggunakan peralatan robotik moden. Bagi meningkatkan keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. Contohnya, penemuan eurikomanon daripada akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan goniotalamin daripada daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) untuk merawat kanser. |
serendipity | serendipiti | Farmasi | Tiada | Penemuan sesuatu yang tidak dijangka dan bernilai sewaktu mencari bahan yang lain. Contohnya, penemuan kesan antibakteria dalam penisilin oleh Sir Alexander Flemming sewaktu menumbuhkan kultur bakteria. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Fitokimia | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti ke atas ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan penggunaan peralatan robotik moden. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. |
drug discovery | penemuan drug | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Proses pencarian ubat yang biasanya bermula daripada sumber kimia atau biologi melalui prosedur pengenalpastian hubung kait struktur aktiviti, kajian farmakologi dan toksikologi, ujian klinikal dan pemantauan pascapemasaran. Contohnya, penemuan drug biofarmaseutik, seperti insulin dan hormon tumbesaran yang melibatkan teknologi rekombinan DNA. |
surface find | jumpaan permukaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Penemuan data arkeologi pada permukaan tanah. Data ini boleh diperoleh melalui kaedah terancang atau tidak sengaja yang dapat menjadi petunjuk dan fungsi sesebuah tapak berdasarkan jumpaan. Suatu ekskavasi percubaan dilakukan untuk membuktikan potensi tapak bagi menentukan kepentingan jumpaan ini. Contohnya, jumpaan manik di Pulau Kelumpang (Perak) dan Kuala Muda (Kedah) membuktikan penemuan ini berkaitan aktiviti perdagangan setelah dilakukan penyelidikan arkeologi. |
discovery | penemuan | Fizik | Tiada | Tiada |
discovery | penemuan | Geografi | Tiada | Perihal penjumpaan sesuatu fenomena di permukaan bumi seperti penjumpaan kebudayaan manusia silam, penjumpaan sumber semula jadi dan sebagainya. |