Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.jian] | ڤڠاجين

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
community studiespengajian komuniti/pengajian masyarakatSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
program of studiesprogram pengajianPendidikanTiadaKeseluruhan pengalaman pembelajaran yang ditawarkan dan diikuti oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian serta merangkumi beberapa bidang pengajian.
academic qualificationkelayakan akademikPentadbiran PerniagaanTiadaKelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.
extension studypengajian pengembanganPendidikanTiadaPengajian atau pendidikan yang diikuti oleh pelajar bukan daripada institusi pendidikan formal.
administrative studiespengajian pentadbiranPendidikanTiadaCabang pentadbiran pendidikan yang merujuk kepada pengajian institusi dan sistem pendidikan.
phytochemistryfitokimiaHerbaFitokimiaCabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan dan juga sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada fotosintesis hingga kepada penghasilan sebatian metabolit sekunder.
phytochemicalfitokimiaMakanan dan PemakananPemakananCabang bidang pengajian kimia yang berkaitan dengan pemakanan dan metabolisme tumbuhan serta sebatian kimia yang terhasil daripadanya. Bidang pengajian ini meneliti proses perubahan kimia yang berlaku dalam sel tumbuhan bermula daripada proses fotosintesis sehingga penghasilan sebatian metabolit sekunder.
pragmaticpragmatikKesusasteraanTiadaDisiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguis
semanticsemantikKesusasteraanTiadaIlmu mengenai makna atau erti kata. Semantik boleh juga diertikan sebagai kajian makna perkataan atau ungkapan linguistik. Pengajian semantik berlaku pada semua peringkat bahasa daripada bunyi hingga wacana. Pada peringkat kata, pengajian biasanya dikenali sebagai semantik leksikal dan pada peringkat wacana dikenali sebagai semantik wacana.
audience studypengajian khalayakKomunikasiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas