admission and confession | pengakuan dan pengakuan salah | Undang-undang | Tiada | Tiada |
admission of guilt | pengakuan bersalah | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pernyataan oleh seseorang yang dituduh melakukan jenayah bahawa dia telah melakukan jenayah dan tidak mempunyai pembelaan atau wajaran. Mahkamah atau tribunal jenayah perlu memastikan si tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut dan pengakuan itu dilakukan secara sukarela selepas perbincangan dengan peguam bela. Dengan pengakuan ini, si tertuduh akan disabitkan bersalah dan dihukum oleh mahkamah atau tribunal jenayah. Amalan ini dipakai dalam undang-undang jenayah antarabangsa. |
Certification scheme | Sekim pengakuan | Pertanian | Agronomi | Sekim untuk menjamin kualiti sesuatu bahan melalui pemeriksaan dan pengiktirafan oleh sesuatu badan penguasa. Contohnya dalam sekim pengakuan biji benih, badan berkuasa akan memberi pengakuan bahawa sesuatu benih yang dihasilkan itu benar-benar dari satu varieti terpilih dan biji benih itu dijamin bernas. Dalam sekim pengakuan pertanian organik, Jabatan Pertanian Malaysia mengeluarkan Sijil Organik Malaysia (SOM) untuk menjamin bahawa sesuatu produk itu dihasilkan mengikut piawaan dan garispanduan sistem organik. |
auricular confession | pengakuan bisik | Sejarah | Tiada | Pengakuan yang dibuat secara rahsia dan sulit. |
pawn acceptence declaration | pengakuan terima gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengesahan penerimaan barang gadaian dalam bentuk dokumen oleh penggadai atau wakilnya setelah ditebus. Pengakuan ini menyatakan bahawa barang gadaian yang diterima semula berada dalam keadaan sempurna seperti asal. Tujuan pengesahan terima gadaian adalah untuk mengelakkan pertelingkahan antara penggadai dengan pegadai tentang terima serahan dan kesempurnaan barang gadaian. |
sulh ‘an iqrar | perdamaian berdasarkan pengakuan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad perdamaian antara dua pihak berkaitan dengan tuntutan produk atau perkhidmatan disebabkan wujud pengakuan daripada pihak yang dituntut. Contohnya, dakwaan A bahawa rumah kepunyaan B adalah miliknya. Kemudian, apabila ternyata rumah tersebut milik A, mereka berdamai dengan persetujuan bahawa B membayar harga tertentu kepada A. |
acknowledgement | pengakuan; penghargaan; perakuan | Komputer | Tiada | Tiada |
affirmation | pengakuan | Linguistik | Tiada | Tiada |
affirmation | pengakuan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
acknowledgement | pengakuan; penghargaan | Perpustakaan | Tiada | Tiada |