potential theory | teori keupayaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori matematik yang berhubung kait dengan persamaan Laplace. Teori ini terdapat dalam aliran haba secara pengaliran, pengaliran arus elektrik, peresapan bahan, dan proses lain. |
trap | perangkap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit yang membenarkan pengaliran cecair tetapi menahan pengaliran wap cecair tersebut. Unit ini kerap digunakan di dalam penukar haba. |
flux | fluks | Perubatan | Tiada | Pengaliran sesuatu bahan secara yang berlebihan, misalnya pengaliran ion dari luar sel ke dalam sel atau sebaliknya dan pengaliran metabolit di antara kompartmen di dalam sel. |
glove valve | injap selongsong | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Injap hidraulik manual yang berfungsi untuk mengawal pengaliran bendalir. Sekiranya tertutup, pengaliran bendalir akan turut berhenti. |
outflow | pengaliran keluar | Hidrologi | Tiada | Pengaliran air keluar dari sungai, tasik, waduk, bejana, lembangan, sistem akuifer dan sebagainya. |
cytoplasmic streaming | pengaliran sitoplasma | Perubatan | Tiada | 1. Pengaliran sitoplasma untuk membentuk unjuran-unjuran atau pseudopodium. |
lactagogue | laktagog | Perubatan | Tiada | 1. Menggalakkan pengaliran susu.,2. Agen yang menggalakkan pengaliran susu. |
eddy | pusar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengaliran yang berhalaju tinggi yang terbentuk dalam aliran gelora. Dalam aliran gelora, pusar pelbagai saiz terbentuk. Pada mulanya, pusar yang bersaiz besar terbentuk dan terpecah kepada saiz yang lebih kecil daripada 1 mm biasanya dipecahkan oleh tindakan tegasan likat atau geseran. Pusar yang terkecil mengandungi lebih kurang 1016 molekul. Dengan itu, pusat bersaiz makroskopik. Setiap pusar mempunyai tenaga mekanikal tertentu yang dibekalkan oleh tenaga keupayaan pengaliran pukal bendalir. Pengaliran tanpa pusar ialah aliran lamina dan pengaliran berpusar ialah aliran gelora. |
energy flow | pengaliran tenaga | Biologi | Ekologi | Pemindahan tenaga daripada satu organisma kepada organisma lain, dalam sesuatu ekosistem, melalui rantai makanan. Misalnya, pengaliran tenaga daripada matahari kepada tumbuhan hijau hingga kepada siput air, kemudian kepada ikan, dan seterusnya kepada manusia, dalam rantai makanan ekosistem kolam. |
turbulent core | teori gelora | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengaliran bendalir di lapisan sebelah lapisan penimbal yang merupakan pengaliran pukal bendalir. Hanya tegasan pusar dianggap dominan dalam rejim lapisan ini. |