Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngam.bi.lan] | ڤڠمبيلن

Definisi : perbuatan atau hal mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengambilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intake manifoldpancarongga pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menghubungkan injap pendikit dengan liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga pengambilan terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang pengambilan yang membentuk satu saluran masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tujuannya adalah untuk mengalirkan udara atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam kebuk pembakaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga ekzos.
intake strokelejang pengambilanKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari kedudukan takat terakhir atas sehingga ke kedudukan takat terakhir bawah. Semasa lejang pengambilan ini beroperasi, injap pengambilan terbuka dan injap ekzos terutup. Ini menjanakan tekanan yang rendah dalam silinder enjin dan menyebabkan udara atau campuran udara-bahan api disedut ke dalam silinder. Proses ini dirujuk sebagai aruhan, Sinonim lejang aruhan.
dietary reference intake (DRI)pengambilan rujukan diet (DRI)Makanan dan PemakananPemakananTerma yang digunakan untuk menerangkan saranan pengambilan nutrien oleh Lembaga Makanan dan Pemakanan, Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. DRI meliputi RDA, EAR, AI, EER dan UL. Lihat juga saranan pengambilan diet (RDA), anggaran keperluan purata (EAR), anggaran keperluan tenaga (EER), pengambilan mencukupi (AI), pengambilan tahap tertinggi (UL).
dietary assessmentpenilaian dietMakanan dan PemakananPemakananKaedah menganggarkan pengambilan makanan dengan merekodkan pengambilan harian individu. Penilaian diet boleh dijalankan melalui kaedah ingatan diet 24 jam dan penimbangan makanan.
adequate intake (AI)pengambilan mencukupi (AI)Makanan dan PemakananPemakananSaranan pengambilan makanan apabila bukti saintifik tidak mencukupi untuk menetapkan RDA. Nilai AI berdasarkan anggaran purata pengambilan makanan bagi memelihara kesihatan yang baik seperti kesihatan tulang dalam peringkat kehidupan tertentu.
intake valveinjap pengambilanKejuruteraan AutomotifTiadaInjap yang terbuka semasa lejang pengambilan untuk membolehkan udara atau campuran udara-bahan api memenuhi ruang silinder dari pancarongga pengambilan.
intake valveinjap pengambilanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terbuka semasa lejang pengambilan untuk membolehkan udara atau campuran udara-bahan api memenuhi ruang silinder dari pancarongga pengambilan.
manifold vacuumvakum pancaronggaKejuruteraan AutomotifTiadaVakum yang wujud di dalam pancarongga pengambilan semasa lejang pengambilan.
reference daily intake (RDI)pengambilan harian rujukanMakanan dan PemakananTeknologi MakananPengambilan nutrien harian yang diperlukan mengikut julat umur tertentu seperti yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Drug Amerika Syarikat. Pengambilan ini berasaskan kepada nilai maksimum RDA 1968.
compulsory acquisition of landpengambilan balik tanah secara paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undang-undang pengambilan balik tanah.
12345678910...

Kembali ke atas