Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.na.li.sis] | ڤڠاناليسيس

Definisi : orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.na.li.sis] | ڤڠاناليسيس

Definisi : orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganalisis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blind proficiency testujian kecekapan butaSains ForensikTiadaUjian kecekapan yang dijalankan kepada penganalisis dalam keadaan penganalisis tersebut tidak sedar bahawa bahan bukti yang sedang diuji itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ujian kecekapan terhadapnya. Ujian ini merupakan sebahagian daripada kawalan mutu makmal forensik dan untuk menjamin tahap kecekapan penganalisis forensik sentiasa terpelihara.
multichannel analyzerpenganalisis multisaluranFizikAtom dan NuklearLihat penganalisis denyut-tinggi.
intergated optical spectrum analyzerpenganalisis spektrum optik kamirKejuruteraanTiadaPenganalisis isyarat yang menggunakan teknologi optik kamir dan belau Bragg.
pulse-height analyzerpenganalisis denyut-tinggiFizikAtom dan NuklearAlat yang mampu menentukan bilangan denyut yang berlaku dalam satu atau lebih julat frekuensi yang ditetapkan. Alat ini digunakan untuk menentukan spektrum tenaga sinaran nukleus. Sinonim penganalisis multisaluran.
market by market locationpasaran melalui lokasi pasaranKomunikasiKorporatKelompok sasaran pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran. Penentuan sasaran pasaran perlu dilakukan sebelum proses pemasaran dibuat. Faktor yang membantu pemilihan lokasi pasaran yang tepat ialah maklumat yang disampaikan oleh penganalisis pasaran. Penganalisis pasaran akan menjelaskan sasaran pasaran berdasarkan aspek geografi, seperti kedudukan lokasi fizikal dan sempadan perkhidmatan sosial serta maklumat lain yang menjelaskan persekitaran pelanggan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contohnya, maklumat demografi kawasan seperti pendapatan, pekerjaan, pola aktiviti sosial, dan unsur lain yang berkaitan aspek ekonomi dan budaya pelanggan di kawasan sasaran. Selain itu, maklumat juga perlu menjelaskan impak lokasi pasaran seperti kadar sewa, pola persaingan, pencapaian, dan persepsi pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pemasaran barangan atau perkhidmatan mencapai kejayaan optimum.
ABI 310 genetic analyzerpenganalisis genetik ABI 310Sains ForensikTiadaAlat yang digunakan untuk menganalisis produk amplifikasi dan menghasilkan imbasan gen lokus STR serta menentukan jujukan fragmen DNA. Alat penjujuk DNA ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dalam teknologi DNA forensik yang menggunakan kapilari tunggal dan masih digunakan sehingga sekarang. Penganalisis genetik yang menggunakan sistem multikapilari (8, 16 atau 24 kapilari) seperti ABI 3100, 3130, 3130xl, 3500 dan 3500xl atau dikenali sebagai penganalisis genetik ABI31xx lebih banyak digunakan dalam makmal forensik DNA.
analyserpenganalisisFizikTiadaTiada
analyzerpenganalisisFizikTiadaTiada
analyzerpenganalisisKomunikasi MassaTiadaTiada
analyserpenganalisisKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas