transportation mode | mod pengangkutan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Jenis pengangkutan seperti pengangkutan darat, udara, air, talian paip dan sebagainya. |
mode of transport | mod pengangkutan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan seperti pengangkutan rel, udara, laut, talian paip dan sebagainya. |
dual-mode transportation | sistem dua mod | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem pengangkutan awam atau pengangkutan barangan yang menggunakan dua jenis mod pengangkutan yang dilaraskan. |
dual mode system | sistem dua mod | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem pengangkutan awam atau pengangkutan barangan yang menggunakan dua jenis mod pengangkutan yang dilaraskan. |
active transport | pengangkutan aktif | Bioteknologi | Tiada | Pengangkutan molekul melintasi membran melawan cerun kepekatan. Pengangkutan aktif memerlukan tenaga metabolisme, biasanya ATP, atau cerun elektrokimia. |
ocean transportation | pengangkutan samudera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pengangkutan di lautan lepas yang menggunakan kapal besar dan melibatkan pengangkutan antara benua. |
contract carrier | pengangkutan kontrak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat pengangkutan yang mengangkut barangan untuk pelanggan tertentu sahaja dan tidak untuk barang awam seperti di dalam kes pengangkutan awam. |
modal share | perkongsian mod | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pengagihan pecahan mod kenderaan antara pengangkutan persendirian dengan pengangkutan awam. |
marine insurance | insurans marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang khusus berkaitan dengan kaedah pengangkutan serta barangan dalam transit. Istilah marin sahaja merujuk kepada pengangkutan lautan dan istilah marin dalaman pula merujuk kepada pengangkutan serta barangan di darat termasuk sungai dan tasik. |
selective transport | pengangkutan memilih | Biologi | Fisiologi | Pengangkutan bahan tertentu sahaja melalui membran atau medium (bahantara). |