self-organizing | penganjuran-diri | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
online seminar | seminar dalam talian | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Penganjuran seminar seperti pertemuan dan perbincangan, atau sesi pembelajaran yang dibuat menerusi dalam talian dengan menggunakan kemudahan Internet. |
kiosk | kios | Komunikasi | Korporat | Ruang atau struktur kecil yang dibina untuk memudahkan aktiviti pemasaran atau pameran barangan dan perkhidmatan. Ruang ini boleh bersifat tetap atau sementara. Kios yang bersifat tetap biasanya dibina di pusat pengangkutan awam seperti di perhentian bas dan lapangan terbang, kawasan rehat dan riadah, serta pasar raya. Kios yang bersifat sementara pula biasanya dibina di kawasan pameran semasa penganjuran sesuatu acara seperti pameran buku, komputer dan media, dan kawasan pertunjukan awam seperti sambutan hari kemerdekaan dan persembahan hiburan. Bentuk pemasaran seperti ini berfungsi untuk mengagihkan aktiviti pemasaran sesuatu barangan berasaskan jenis, pengeluar dan faktor lain, serta menyediakan peluang perniagaan kepada peniaga kecil. Selain itu, kios berfungsi memberikan peluang kepada syarikat besar untuk mendekati sasaran barangan secara langsung di samping mendapatkan maklum balas kepada pelanggan mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan. |
intergrated marketing communications (IMC) | komunikasi pemasaran bersepadu | Komunikasi | Korporat | Proses seranta bagi tujuan mempromosi organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Proses tersebut dilaksanakan secara strategik melibatkan pengintegrasian beberapa bahagian dalam organisasi atau antara organisasi. Contoh pengintegrasian dalam organisasi ialah pengintegrasian antara jabatan perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Pengintegrasian antara organisasi pula ialah kerjasama atau perkongsian kepakaran atau sumber dalam penganjuran sesuatu acara pemasaran seperti pameran dagang dan kempen jualan besar-besaran. Antara unsur yang berintegrasi tersebut melibatkan kepakaran hubungan media, pameran pengurusan acara, dan pemasaran. Sinonim kempen promosi pemasaran, komunikasi pemasaran gabungan, gabungan pemasaran. |