literary relations | hubungan sasterawi | Kesusasteraan | Tiada | Hubungan kesusasteraan antara dua negara yang melibatkan kegiatan terjemahan karya sastera, unsur pengaruh-mempengaruhi dalam sastera, atau antara dua orang pengarang dari negara yang berbeza. Hubungan sasterawi biasanya digunakan dalam kesusasteraan bandingan. Contohnya, hubungan sasterawi antara Arab-Parsi dengan Jerman seperti dalam karya West-Eastern Divan oleh pengarang tersohor zaman Geothe yang dipengaruhi oleh karya Goethe (Jerman). |
form | bentuk | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip organisasi sesebuah karya sastera berdasarkan struktur dan stail. Bentuk berbeza dengan isi, namun dalam proses pengkaryaan, kedua-duanya berkembang serentak, saling berkaitan dan pengaruh-mempengaruhi. Kedua-duanya boleh dianalisis secara berasingan bagi tujuan kritikan. Contohnya, puisi berbentuk pantun mempunyai struktur tertentu, iaitu mempunyai pembayang maksud dan maksud, dan isi kandungannya dipengaruhi struktur tersebut. Bentuk juga bermaksud jenis karya atau genre seperti novel, drama, dan cerpen. |
social influence | pengaruh sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Perubahan dalam tingkah laku individu akibat kehadiran atau tindakan orang lain di sekeliling. Apabila individu berinteraksi, biasanya tingkah laku mereka boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, dalam satu kajian di kaki lima di kota raya New York, satu kamera di pasang untuk merekod pengaruh tingkah laku tertentu. Satu papan tanda dipasang di tingkat 6 bangunan di seberang jalan. Apabila ramai kelompok terpengaruh melihat papan tanda itu, maka semakin ramai yang lalu di situ dan berhenti melihat papan tanda yang sama. Pengaruh sosial boleh berlaku daripada tingkah laku yang mudah seperti satu cadangan sampailah kepada tingkah laku yang kompleks seperti indoktrinasi. Tingkah laku harian orang ramai boleh dipengaruhi dengan mudah dengan keakuran. |
influence | pengaruh | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teknik menguasai hubungan sesama aktor politik. Teknik ini bertujuan supaya sesuatu pihak mendorong pihak lain untuk membuat sesuatu yang tidak akan dibuat tanpa dorongan tersebut. Pengaruh berbeza dengan kuasa kerana teknik ini tidak melibatkan unsur pemaksaan sebaliknya melibatkan unsur dorongan atau pujukan. Dalam konteks perhubungan antarabangsa, sesuatu pihak yang berpengaruh memiliki sumber tertentu seperti kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan persenjataan. Kekuatan ini menjadi sumber untuk tawar-menawar dengan pihak yang lain. Contohnya, Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi Turki untuk menggunakan pangkalan tentera negara tersebut dalam misi menjatuhkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003. |
burial metamorphism | metamorfisme timbus | Geologi | Tiada | Sejenis metamorfisme rantau gred-rendah yang mempengaruhi sedimen dan batuan volkano saling lapis di dalam geosinklin tanpa sebarang pengaruh orogenesis atau perejahan magma. |
advocacy approach | pendekatan pembelaan | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti atau tindakan seseorang atau kumpulan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan sama ada melalui cara politik, ekonomi, media mahupun pengaruh sosial. Tindakan ini dilakukan untuk memenuhi kepentingan diri atau kumpulan yang disokong. Contohnya, syarikat yang melobi pihak berkuasa untuk menghalang usul perundangan yang boleh menjejaskan prestasi syarikatnya. |
super stratum | stratum atas | Sosiolinguistik | Tiada | Tatatingkat teratas dalam kepelbagaian Iinguistik atau seperangkat bentuk yang telah mempengaruhi struktur atau penggunaan bahasa yang kurang dominan dalam satu-satu masyarakat. Ini adalah hasil daripada kedominanan politik, sosial dan ekonomi dan dapat dilihat seperti pengaruh bahasa Inggeris. Peningkatan pinjaman perkataan adalah contoh yang baik. |
genotypic symptoms | simptom genotip | Pertanian | Agroteknologi | Ciri-ciri yang boleh dilihat pada sesuatu organisma hasil daripada pengaruh faktor baka (genotip) dan ciri-ciri tersebut tidak banyak berubah dalam apa juga keadaan persekitaran. Contohnya, warna dan bentuk bunga telah ditentukan oleh gen yang mempengaruhi ciri tersebut. Ciri genotip ini akan diwarisi oleh generasi yang seterusnya tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. |
organizational politic | politik organisasi | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti yang membabitkan penggunaan pengaruh peribadi dalam usaha untuk mencapai kepentingan diri sendiri dan kepentingan jabatan. Politik organisasi lazimnya berpunca daripada faktor-faktor seperti kekurangan sumber, kekangan masa, ketidakadilan, persaingan dan juga motivasi peribadi seseorang individu. Contohnya, seorang pengurus pengeluaran yang melobi dan mempengaruhi pengurus kewangan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi bagi projek pembangunan produk. |
neomodernism | neomodenisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang muncul pada penghujung abad ke-20 yang mempengaruhi perkembangan kebudayaan dan kehidupan manusia termasuk dalam bidang seni dan seni bina. Kewujudan neomodenisme adalah disebabkan kegagalan dalam seni bina moden yang dikatakan timbul �rasa kebosanan� dalam keseragaman bentuk bangunan, ketiadaan identiti dan pengaruh yang kuat daripada proses industrialisasi dalam komponen bangunan. Pengamal neomodenisme mereka bentuk bangunan dengan menampilkan bentuk-bentuk tiga dimensi, berasaskan geometri, kurang menonjolkan aspek warna dan tekstur, serta menolak sebarang hiasan pada bangunan termasuk hiasan klasik tetapi lebih menonjolkan teknologi/tektonika (seni pembinaan). Para arkitek neomodenisme memanfaatkan bentuk, penggunaan bahan, warna serta struktur yang membuatkan neomodenisme berkembang kemudiannya menjadi beberapa aliran seperti aliran plastisisme dan aliran teknologi tinggi (high-tech). |