Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengaturcaraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
object-oriented programmingpengaturcaraan berorientasikan objekTeknologi MaklumatPerisianParadigma pengaturcaraan yang menggunakan objek dan interaksinya bagi mereka bentuk aplikasi dan atur cara komputer. Teknik pengaturcaraan ini melibatkan ciri-ciri seperti pengkapsulan, kemodulatan, polimorfisme dan warisan. Pengaturcaraan berorientasikan objek berbeza dengan paradigma lama yang melihat atur cara sebagai kumpulan tugas yang dibuat sebagai subatur cara. Dalam pengaturcaraan ini, setiap objek berupaya menerima mesej, memproses data dan menghantar mesej kepada objek lain. Teknik pengaturcaraan berorientasikan objek banyak digunakan dalam pembangunan aplikasi perisian. Teknik ini banyak digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden seperti Java dan C++.
Gypsy verification environmentpersekitaran penentusahan GipsiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerUnitiliti pengaturcaraan bersepadu untuk bahasa pengaturcaraan Gipsi untuk membantu reka bentuk dan pengaturcaraan. Persekitaran ini digunakan untuk menghuraikan keperluan fungsian perisian yang dibangunkan, membantu penulisan kod atur cara, dan mengesahkan hasil pengaturcaraan. Utiliti bersepadu yang digunakan dalam persekitaran ini mengandungi sebuah penyunting kod, pemproses spesifikasi, penjana kriteria pengesahan, pembukti teorem, dan alat penjejakan aliran maklumat.
programming languagebahasa pengaturcaraanTeknologi MaklumatTiadaSatu set peraturan yang menyuruh komputer untuk melaksanakan operasi yang tertentu. Bahasa pengaturcaraan digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi dan menyuruh komputer melakukan sesuatu tugasan. Bahasa pengaturcaraan adalah menyerupai bahasa tabii seperti bahasa Melayu dalam beberapa aspek. Contohnya, ia mempunyai perkataan, simbol dan sintaks tertentu. Untuk menulis atur cara, pengatur cara perlu mengetahui perkataan, simbol dan sintaks bagi bahasa pengaturcaraan tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 1000 bahasa pengaturcaraan di dunia. Contoh bahasa pengaturcaraan termasuk Bahasa Mesin, Bahasa Penghimpunan, APL, Pascal, Java, Perl, Eifel, C, C++, Basic, Fortran, Lisp, Scheme, BETA, Lua, Visual Basic, Prolog, Haskell, Hugs dan COBOL.
interpreterpentafsirTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang melaksanakan perintah dalam bahasa pengaturcaraan. Atur cara ini boleh melakukan tugas seperti yang berikut: i. Melaksanakan kod sumber secara langsung. Contohnya, bahasa pengaturcaraan BASIC. ii. Menterjemahkan kod sumber kepada perwakilan perantara yang berkesan dan seterusnya melaksanakan kod tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Perl, Python, MATLAB dan Ruby. iii. Menjalankan kod yang terkompil yang terhasil daripada proses pengkompilan. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java. Pentafsir berbeza dengan pengkompil yang biasanya digunakan oleh bahasa pengaturcaraan seperti Java dan C. Lihat juga pengkompil.
J2EE (Java 2 platform, enterprise edition)J2EE (platform Java 2, edisi perusahaan)Teknologi MaklumatTiadaPlatform daripada Sun untuk membangunkan aplikasi perusahaan berasaskan web. Ia memudahkan pembangunan aplikasi dan mengurangkan keperluan pengaturcaraan dan latihan pengaturcaraan dengan mewujudkan komponen piawai guna semula yang membolehkan aras untuk menangani aspek pengaturcaraan secara automatik.
ScriptXSkripXTeknologi MaklumatPerisianBahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang dinamik. SkripX mempunyai kelas perpustakaan untuk tujuan pengaturcaraan multimedia. Walaupun SkripX mempunyai alat pengarangan terbina dalam, tetapi SkripX itu sendiri bukan merupakan alat pengarangan. SkripX ini berguna untuk pelaksanaan aplikasi pelayan pelanggan terutamanya pembangunan multimedia. SkripX mudah dipelajari berbanding bahasa pengaturcaraan tradisional lain seperti C++ kerana mempunyai kelas pustaka yang lengkap.
SmalltalkSmalltalkTeknologi MaklumatPerisianBahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang dinamik. Bahasa ini pada mulanya diterbitkan sebagai Smalltalk-80 yang digunakan secara meluas. Smalltalk telah mempengaruhi pengaturcaraan komputer dalam empat aspek, iaitu sintaks dan semantik, penghantaran mesej, antara muka pengguna grafik dan peralatan pengaturcaraan visual.
subclasssubkelasTeknologi MaklumatPerisianKelas yang mewarisi beberapa ciri daripada superkelas dalam pengaturcaraan yang berorientasikan objek. Subkelas selalu dirujuk sebagai kelas yang ditakrif dalam bahasa pengaturcaraan C++ yang diperkenalkan oleh Bjarne Stroustrup. Contoh deklarasi kelas dalam bahasa pengaturcaraan adalah seperti yang berikut: class orang { public: string nama; int umur; } ;
convex programmingpengaturcaraan cembungPentadbiranTiadaMasalah pengaturcaraan tak linear dengan kekangan yang mana fungsi objektif adalah fungsi cembung dan semua kekangan adalah cembung.
Visual Basic (VB)Visual Basic (VB)Teknologi MaklumatPerisianBahasa pengaturcaraan generasi ketiga yang mempunyai ciri persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) yang dibangunkan oleh Microsoft. VB juga merupakan bahasa pengaturcaraan yang mudah dipelajari dan mudah digunakan kerana mempunyai ciri pembangunan grafik dan warisan bahasa pengaturcaraan BASIC. VB membolehkan pembangunan aplikasi pesat (RAD) bagi aplikasi antara muka pengguna grafik (GUI), capaian pangkalan data menggunakan objek capaian data, objek data jauh, objek data ActiveX, dan pembinaan objek dan kawalan ActiveX. Bahasa penskriptan seperti VBScript secara sintaksnya adalah sama dengan VB, tetapi cara pelaksanaannya berbeza. VB terkini yang dilancarkan pada tahun 2008 ialah VB.NET.
12345678910...

Kembali ke atas