post-marketing surveillance | pengawasan pascapemasaran | Perubatan | Tiada | Pengawasan keselamatan ubat setelah ubat berkenaan mendapat lesen untuk dipasarkan. Pengawasan ini merupakan fasa keempat kajian klinikal ubat. Pengawasan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan yang tidak diduga, yang jarang berlaku dan sukar dikesan ketika penggunaannya belum menyeluruh. Ubat yang didapati menghasilkan kesan yang teruk akan ditarik balik dari pasaran. |
automated monitoring system | sistem pengawasan automatik | Pelayaran | Tiada | Sistem pengawasan yang mempunyai satu atau lebih pengawas automatik yang disambung dalam gelung litar tertutup. |
monitoring amplifier | amplifier pengawasan | Kejuruteraan | Tiada | Penguat kuasa yang lazim digunakan untuk pengawasan dan penilaian sesuatu atur cara. |
patient under surveillance | pesakit dalam pengawasan | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit yang berada di bawah pengawasan (seseorang atau sesuatu) dengan teliti terutamanya untuk mencegah penyakit berjangkit. |
wilayah ‘ala nafs | kuasa pengawasan individu | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang diberikan kepada individu bagi mentadbir dan menguruskan individu lain. Contohnya, kuasa pengawasan kanak-kanak kepada pengasuh, penjaga dan guru. |
wilayah ‘ammah | kuasa pengawasan umum | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus hal yang berkaitan dengan kehakiman, ketenteraan, sistem perbankan, kementerian, cukai, zakat, wakaf atau haji dan sebagainya. Pihak yang memiliki kuasa dan bertugas dengan sesebuah institusi dinamakan sebagai wali am. Contohnya, hakim, pentadbir wakaf, menteri dan ketua pengarah. Dalam kes pengawasan harta kanak-kanak, apabila tiada kuasa pengawasan khas daripada bapa, kuasa tersebut akan berpindah kepada hakim yang berperanan sebagai pemegang kuasa pengawasan umum. |
wilayah ‘ala mal | kuasa pengawasan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus sebarang urusan berkaitan dengan harta seperti mengawasi harta, menanam modal dan tabarru’. Contohnya, kuasa pengawasan harta yang dimiliki oleh seorang bapa atau wasi yang mentadbir hartanya sendiri, harta anaknya yang masih kecil serta pihak yang berada di bawah tanggungannya. |
cardiovascular monitoring | pemonitoran kardiovaskular | Perubatan | Tiada | Pengawasan fungsi sistem kardiovaskular yang melibatkan denyutan dan ritma jantung, tekanan darah arteri, vena pusat, arteri pulmonari dan baji kapilari pulmonari serta ketepuan oksigen darah arteri. Pengawasan parameter ini penting untuk memastikan keluaran jantung yang normal bagi menjalankan fungsi fisiologi. |
wilayah ‘ala mal qasirah | kuasa pengawasan harta sendiri | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu bagi mentadbir dan menguruskan hartanya. Contohnya, individu yang mempunyai kelayakan melaksana yang sempurna boleh mentadbir dan menguruskan hartanya tanpa perlu pengawasan pihak lain terutama berkaitan penjagaan harta, pelaburan atau mengadakan akad lain. Sinonim ahliyyah ada' kamilah. |
wilayah ‘ala mal muta‘addiyyah | kuasa pengawasan harta orang lain | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus sebarang urusan berkaitan dengan harta orang lain yang tidak sempurna kelayakan untuk mentadbir hartanya sendiri seperti kanak-kanak kecil atau orang gila. Kuasa pengawasan ini terbahagi kepada dua, iaitu sultah asliyyah dan sultah niyabiyyah. |