pengayak MS | pengayak MS | Kesenian | Tiada | Bakul kandung daripada rotan, bemban, buluh, yang berbentuk kuali bulat, berbadan leper, berbingkai, beranyam rapat dan digunakan untuk menjemur seperti ikan bilis, ragi, nasi kering dan lain-lain. |
flour sifter | pengayak tepung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat berjaring halus untuk mengayak tepung. |
molecular sieving | pengayak molekul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penapisan yang memisahkan molekul berdasarkan saiz dan bentuk dengan membenarkan penjerapan molekul atau atom tertentu sahaja. |
Tyler standard screen series | siri penapis piawaian Tyler | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Siri penapis atau pengayak yang berdasarkan 200 mesy sebagai 0.074 mm lubang jerlusan serbuk. Ini bermakna terdapat 200 lubang jerlusan serbuk dalam setiap keluasan satu inci persegi penapis. Setiap penapis dikenal pasti sebagai bilangan lubang jerlusan serbuk dalam keluasan satu inci persegi penapis. Keluasan lubang jerlusan penapis di bawah dalam siri Tyler bersaiz dua kali lebih kecil daripada yang terdapat pada penapis di atas. Saiz mesy di bawah adalah daripada saiz mesy di atas. |
slugging | pemenyekan | Farmasi | Farmaseutik | Kaedah apabila partikel serbuk dimampatkan untuk menjadi satu ketulan yang lebih besar sebelum ditekan melalui jejaring pengayak untuk menghasilkan granul kering. |
hammer mill | pengisar tetukul | Farmasi | Farmaseutik | Peralatan yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel dengan menggunakan tukul. Dalam pengisar terdapat satu set penukul yang bercantum pada rotor dan yang bergerak pada kelajuan yang tinggi. Terdapat pengayak bersaiz tertentu pada dasar pengisar yang akan menapis serbuk yang terhasil. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Pengisar ini menggunakan kaedah hentaman. Lihat juga penghentaman. |
comminution | penyerbukan | Herba | Tiada | Proses untuk mengurangi saiz zarah bahan herba secara fizikal atau mekanikal, seperti pemotongan dan penggilingan. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan bahan serbuk herba bagi memudahkan pemprosesan selanjutnya. Saiz zarah dikelaskan sebagai kasar, sederhana kasar, sederhana halus, halus dan sangat halus berdasarkan ukuran saiz pengayak yang telah ditetapkan. Sinonim penghancuran. |