Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngé.dar] | ڤڠيدر

Definisi : 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau pembeli: ~ buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngé.dar] | ڤڠيدر

Definisi : 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengedar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dealer tie-inpenglibatan pengedarKomunikasiKorporatKaedah promosi pengiklanan jualan yang dilakukan pada peringkat nasional oleh syarikat utama yang mengeluarkan barangan melalui penyertaan pengedar. Pengedar ini bernaung di bawah syarikat utama tersebut. Salah satu sebab pengedar dilibatkan dalam sesuatu pengiklanan adalah untuk menyokong dan membantu pengedar yang tidak berkemampuan untuk menghasilkan iklan sendiri. Pengiklan pada peringkat nasional biasanya akan menyediakan senarai pengedar di samping iklan utama untuk menarik perhatian dan minat khalayak pada skala yang lebih besar.
private brandjenama persendirianEkonomiTiadaBarang-barang yang serupa dijual dengan menggunakan lebih daripada satu jenama, misalnya jenama yang ditentukan oleh pengeluar bersama dengan jenama yang ditentukan oleh pengedar-pengedar.
dealer imprinttanda pengedarKomunikasiKorporatNama dan alamat pengedar sesuatu barangan atau agen sesuatu perkhidmatan yang dicetak atau ditampal pada iklan yang diedarkan kepada khalayak. Ruang untuk mencetak nama dan alamat peniaga sering kali disediakan untuk tujuan cetakan tanda pengedar apabila diperlukan terutamanya dalam kempen promosi dan publisiti pengiklanan yang menggunakan kaedah hantaran pos. Fungsi tanda pengedar adalah untuk mengesahkan kesahihan dan kewibawaan barangan yang diedarkan. Tanda pengedar juga berfungsi untuk memastikan syarikat lebih bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan yang dilakukan selain untuk memudahkan bakal pelanggan menghubungi pengedar sekiranya diperlukan bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan selepas jualan.
private brandjenama pengedarKomunikasiKorporatJenama baharu yang diberikan oleh peruncit atau pengedar kepada sesuatu barangan yang mempunyai rantaian kuasa runcit atau edaran yang tinggi. Melalui proses ini, peruncit atau pengedar tersebut akan mengenal pasti syarikat pengeluar yang barangannya dipilih untuk dipasarkan. Barangan yang dibeli daripada syarikat tersebut akan diberi jenama baharu, Barangan ini diedarkan di sebuah rangkaian runcitnya sama ada di dalam atau di luar negara. Oleh sebab kaedah pemasaran barangan ini tidak menggunakan orang tengah dan rangkaiannya luas, maka harga barangan yang dipasarkan adalah lebih rendah berbanding barangan yang sama daripada jenama lain. Di Malaysia, strategi pemasaran seperti ini biasanya diamalkan oleh pasar raya besar.
allowanceselaunKomunikasiKorporatPengurangan harga, bayaran atau pertimbangan yang diberikan oleh pembekal kepada pengedar dan peruncit. Tujuannya adalah untuk memberikan galakan kepada pihak pengedar dan peruncit memasarkan barangan dengan leih cekap. Selain itu, pemberian elaun merupakan insentif kepada pengedar dan peruncit supaya memberikan keutamaan kepada promosi barangan berkenaan, terutamanya baru yang diperkenalkan di pasaran.
newspaper vendorpenjaja surat khabarKomunikasiTiadaOrang yang menjual surat khabar dan bahan penerbitan lain secara kecil-kecilan. Beliau memperoleh bekalan surat khabar daripada wakil pengedar yang dikenali sebagai pengedar akhbar. Biasanya, tugas seperti ini selalu dikaitkan dengan penghantaran surat khabar dari rumah ke rumah.
distributorpengedar; pengagih; penaburFizikTiadaTiada
distributorpengedar; pengagih; penaburKomunikasi MassaTiadaTiada
distributorpengedar; pengagih; penaburKejuruteraan AutomotifTiada2. Pengagih: Komponen dalam sistem pencucuh yang mengagihkan voltan tinggi ke palam pencucuh.
distributorpengedar; pengagih; penaburPertanianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas