extraction control | kawalan pengekstrakan | Sains Forensik | Tiada | Kawalan terhadap sampel yang mengandungi kesemua bahan uji seperti yang digunakan dalam pengekstrakan DNA daripada sampel sebenar. Kawalan ini tidak mengandungi DNA dan diamplifikasikan seperti sampel lain untuk menguji sama ada terdapatnya DNA asing dalam bahan uji pengekstrakan yang digunakan. Kawalan pengekstrakan menjadi sebahagian daripada kawalan mutu dalam pengujian forensik DNA. |
extractive fermentation | fermentasi pengekstrakan | Bioteknologi | Tiada | Fermentasi yang melibatkan pengeluaran hasil secara selanjar menggunakan kaedah pengekstrakan pelarut yang tak larut air. Hasilnya adalah lebih larut dalam pelarut berbanding dengan air dan kaedah pengekstrakan ini juga dapat mengelakkan perencatan oleh hasil akhir ke atas organisma penghasil sesuatu bahan. Fermentasi pengekstrakan digunakan dalam penghasilan asid organik atau asid lemak beruap. |
microwave-assisted extraction | pengekstrakan berbantu mikrogelombang | Herba | Fitokimia | Teknik pengekstrakan yang menggunakan sinaran mikrogelombang untuk meningkatkan keberkesanan proses pengekstrakan. Peningkatan keberkesanan ini disebabkan oleh kesan langsung tenaga mikrogelombang ke atas biomolekul menerusi konduksi ionik dan putaran dwikutub, yang mengakibatkan peresapan tenaga ke dalam pelarut dan bahan tumbuhan lalu menghasilkan pergerakan molekul dan pemanasan. |
counter current extraction | pengekstrakan lawan arus | Bioteknologi | Tiada | Kaedah pengekstrakan selanjar yang dibina daripada unit pencampur dan unit pemisah yang disusun secara bertentangan. Pada suatu hujung, bahan akhir dibekalkan manakala pada hujung yang lain pelarut yang berupaya melarutkan bahan akhir dialirkan. Pengaliran pelarut melalui unit ini akan mengekstrak bahan akhir pada suatu hujung dan sisa daripada pengekstrakan dikumpulkan pada hujung yang bertentangan. |
solvent extraction | pengekstrakan pelarut | Kejuruteraan | Tiada | Pengekstrakan sesuatu komponen daripada larutan. |
solvent extraction | pengekstrakan pelarut | Kimia | Tiada | Pengekstrakan satu komponen daripada sesuatu campuran dengan menggunakan pelarut yang melarutkan bahan yang diperlukan, tetapi kurang melarutkan komponen lain. kaedah ini selalunya digunakan untuk mengekstrak hasil semula jadi. Campuran dapat juga diasingkan melalui sekatan antara dua pelarut yang berbeza yang saling tak terlarut campurkan. Campuran ini dilarutkan di dalam satu pelarut, kemudian digoncang dengan pelarut yang satu lagi, lalu dibiarkan membentuk dua lapisan yang mudah diasingkan. |
solvent extraction | pengekstrakan pelarut | Veterinar | Tiada | Proses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan menggunakan pelarut organik seperti heksan. Minyak akan terlarut di dalam heksan dan kemudiannya dipisahkan melalui proses penyulingan berperingkat. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 1-2% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diekstrak menggunakan pelarut untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit. |
differential extraction | pengekstrakan pembezaan | Sains Forensik | Tiada | Prosedur pengekstrakan DNA yang bertujuan memisahkan sel sperma daripada sel lain. Kaedah ini biasa digunakan untuk memisahkan DNA sel epitelium vagina daripada sel sperma bagi kesan-kesan air mani dalam kes serangan seksual |
extraction canal | salur pengekstrakan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | lih. parit pengekstrakan. |
solvent free microwave extraction | pengekstrakan mikrogelombang tanpa pelarut | Herba | Fitokimia | Teknik pengekstrakan berasaskan kombinasi pemanasan mikrogelombang dan penyulingan tanpa penggunaan pelarut organik. Dalam kaedah ini, tumbuhan yang dilembapkan terlebih dahulu diletakkan dalam reaktor mikrogelombang. Pemanasan dalaman berlaku secara in situ ke atas air yang terdapat dalam bahan tumbuhan lalu menyebabkannya mengembang dan mengakibatkan kelenjar dan bekas minyak pecah. Proses ini membebaskan minyak pati lalu dibawa oleh air secara penyulingan azeotropik. |